Isu Bahan Bacaan Australia: Agenda Tersembunyi KPM
Apakah kriteria yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menilai kesesuaian bahan bacaan bergred yang dihasilkan oleh kementerian pendidikan Australia (KPM), maka ia dipilih.
Australia bukan satu-satunya negara yang menghasilkan bahan-bahan bacaan bergred.
Semua syarikat penerbit gergasi dalam bidang pendidikan menerbitkan bahan-bahan bacaan bergred masing-masing yang dipasarkan ke seluruh dunia. Antara yang paling luas digunakan di seluruh dunia adalah bahan bacaan bergred terbitan Oxford University Press (OUP).
Mengapakah KPM tidak memilih bahan terbitan OUP?
Adakah kerana OUP sudah mempunyai agen tunggalnya di Malaysia, justeru jika KPM memilih bahan OUP maka tidaklah ada peluang syarikat-kroni menjadi pembekal bahan-bahan OUP itu kepada KPM.
Bahan Australia itu belum ada agennya di Malaysia. Maka barulah terbuka peluang bagi syarikat-kroni menjadi agen dan sekaligus pembekal bahan-bahan itu kepada KPM.
Soalan: Syarikat manakah yang menjadi agen pelesenan bahan bacaan bergred Astralia itu, sekaligus ia menjadi pembekalnya kepada KPM?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Menteri Negara Kanggarusia: Oh, kroni mahukah kamu buku-buku dari OUP?
Kroni: Tidak mahulah, abang. Tidak ada ong. Carilah buku-buku yang belum ada pembekal di Malaysia ini. Kroni mahu hidup juga.
Menteri Negara Kanggarusia: Oh, baiklah. Nanti bagi 50-50.
Kroni: Saaaaaayang, abang. Tahun depan pilihan raya, saya undi abang lagi. Hantu dan toyol dalam botol yang saya bela tu suka sangat mengundi.
DISCLAIMER: Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu sama ada yang masih hidup atau yang telah arwah atau yang belum lahir. Jika ada sebarang persamaan, maka itu cuma kebetulan. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedassssss!
Post a comment