Mengapa… Mengapa…
Baru-baru ini kita sempat menziarahi keluarga seorang penyair terkenal. Betul seperti yang kita ramalkan, rumahnya penuh sesak oleh koleksi bukunya.
Nilai buku-buku yang disusun di tepi dinding-dinding rumah kecilnya itu lebih mahal daripada nilai rumah itu sendiri!
Kita berani bertaruh, koleksi buku-buku puisi Melayu-Indonesia beliau lebih lengkap daripada koleksi pensyarah universiti yang mengajar sejarah dan perkembangan puisi Melayu!
Hmm... selepas melihat sendiri koleksi buku beliau, baru saya mengerti mengapa beliau hanya memandu kereta buruk!
Tetapi mengapa perlunya penyair terkenal yang mempunyai 8 buku dengan DBP memandu kereta buruk? Mengapa?
.
.
Nilai buku-buku yang disusun di tepi dinding-dinding rumah kecilnya itu lebih mahal daripada nilai rumah itu sendiri!
Kita berani bertaruh, koleksi buku-buku puisi Melayu-Indonesia beliau lebih lengkap daripada koleksi pensyarah universiti yang mengajar sejarah dan perkembangan puisi Melayu!
Hmm... selepas melihat sendiri koleksi buku beliau, baru saya mengerti mengapa beliau hanya memandu kereta buruk!
Tetapi mengapa perlunya penyair terkenal yang mempunyai 8 buku dengan DBP memandu kereta buruk? Mengapa?
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Ramai insan berjasa yang diberi penghargaan hanya setelah dia tiada lagi. Jasanya dikenang dengan berbagai anugerah. Tetapi setelah dia sendiri tidak mampu memiliki dan merasa segala pengorbanannya itu bermakna.
Beginilah adat dunia.
——-
Saya setuju dengan Duyung. Itu memang adat dunia, tapi mungkinkah adat dunia ‘Malaysia’ sahaja?
Hakikatnya saya rasa rakyat Malaysia belum cukup ilmu untuk menilai harga karya seni dalam kehidupan, baik lakonan, lukisan, lagu atau tulisan.
Sistem pendidikan kita belum berupaya mendidik rakyat supaya celik fikiran bahawa seni (art) itulah mengubah kehidupan dan mewarnai keharmonian.
Sebagai contoh, kata kawan saya, kelas muzik di sekolah rendah kita masih mengajar budak-budak bermain alat tik-tok sedangkan di Indonesia mereka sudah belajar bermain gitar dan membaca not muzik. Hasilnya citarasa pendengar dan kualiti muzik Indonesia lebih maju dari muzik Malaysia.
Assalamualaikum Warahmatuhi Wabarokatuh
Ini bukan perkara baru. Itulah realiti hidup orang seni sebenarnya. Lilin yang membakar diri untuk menerangi hidup orang lain. Orang lain itu adalah kita yang membaca, menikmati karya seni mereka.
Salahkah kalau kita bersatu di bawah persatuan atau kelab pembaca kepada seseorang penulis untuk memberi sedikit penghargaan dan bantuan kepadanya?
Seperti peminat MAWI lakukan, MAWI FC.
Pn. Sifu pernah tulis mengenai ‘Locus external’.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Assalammualaikum w.b.t,
Bagaimana kalau PTS pula yang menerbitkan puisi-puisi itu? Contohnya “Koleksi Terbaik puisi-puisi ...”, dipersembahkan dengan cara yang lebih ‘ngetop’ pasti umpph!
Saya lihat hanya pembaca yang betul-betul minat tentang puisi akan membacanya. Mungkin sifat puisi itu yang ‘padat’.
Perlukah kita membuat ulasan tentang puisi itu supaya pembaca faham apa yang disampaikan? Makna di sebalik kata-kata? Berlatar-belakangkan satu cerita kemudian dihimpunkan puisi-puisinya ... mmmm
Assalamualaikum,
>>>Berlatar-belakangkan satu cerita kemudian dihimpunkan puisi-puisinya.
Saya suka idea ini. Sewaktu mendengar lagu dan membaca puisi malah membaca contoh ayat di kamus, sering kali tergambar di fikiran saya cerita di sebalik lagu/puisi/ayat itu.
Puan, karya yang bermutu tidak dapat dinilai jika tidak sampai ke tangan orang lain. Inilah yang buat saya menggeleng kepala apabila adik saya memberitahu, dia membeli sebuah novel yang hebat isinya dengan harga lelong (RM1)
Saya terfikir, jika itulah novel saya?
Post a comment