Monday, February 23, 2009

Mengapa Meskipun Ekonomi Lembap namun PTS Terus Menerbitkan Banyak Judul Setiap Bulan

Maklumat yang kita terima menunjukkan aktiviti mencetak buku sudah menampakkan kesan-kesan ekonomi yang sedang tambah merudum.

Penerbit buku menjadi amat berhati-hati memilih-milih buku yang hendak diterbitkan, sebab kalau tersalah pilih kesannya amat berbahaya pada survival syarikat. 

Syarikat percetakan sudah mengeluh. Jumlah buku judul baru yang dihantar kepada mereka supaya dicetak makin kurang. Bukan itu sahaja, jumlah unit cetakan yang dipesan juga semakin kurang. 

Ada seorang pencetak sudah mula mencari peluang bisnes sampingan lain. Dia mengimport kacang soya dari Latin Amerika dan kemudian kacang itu dieksport ke India.

Bagi PTS pula, kita akan terus menerbitkan judul-judul baru secara konsisten. Malah kita akan naikkan lagi jumlah judul baru yang diterbitkan setiap bulan. Cuma PTS juga amat berhati-hati memilih judul-judul yang diterbitkan. 

Tujuan utama PTS mengekalkan aktiviti penerbitan judul barunya adalah bagi memastikan kedai-kedai buku sentiasa ingat kepada PTS. Inilah strategi bisnes PTS di zaman ekonomi merudum.

Dengan cara terus menghantar bekalan judul-judul baru ke kedai-kedai buku, setiap minggu kedai menerima kotak-kotak yang berisi buku-buku terbaru PTS. Ini membuat mereka sentiasa ingat kepada PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Orang Datang Menemui SN Dato' A Samad Said Previous entry: Sisipan: Krisis Perak - Apa Kata Mantan Hakim Mahkamah Rayuan
Riduan Khairi  on  02/24  at  05:22 AM

Entri yang ini membuat dada saya sebak.

Besar jiwa Sifu. Beruntungnya saya bermentorkan puan. Tidak silap.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/25  at  10:24 AM

Salam sejahtera.

Mungkin kita memikirkan bila ekonomi merosot kita semua akan merasa bahang kemorosotan juga , tetapi jika fikir secara melintang , kita akan fikir sebaliknya.

Zaman ekonomi jatuh , semua orang akan rasa tertekan , Apakah kaedah untuk meredakan tekanan tanpa belanja yang tinggi ? Menonton wayang ...kena beli cd vcd dan cuma tahan 3 jam ... melancong ...lagi teruk duit keluar… pegi minum kopi….bersembang ...silap-silap kena belanja (bukan kedekut ..tapi berjimat dizaman ini) ... jawapannya beli buku dan baca…cari buku yang memberi kita maklumat .mungkin kita akan dapat maklumat yang berlainan dengan bidang kita ..jadi kiat ada dua bidang.

Secara kreatifnya ...percantuman dua bidang yang lain akan menjadikan satu idea yang bernas..hasilnya menakjudkan…misalnya radio ..komunikasi tanpa talian sehala bersepah (tiada tampat tetap)...telepon rumah..komunikasi talian dua hala setempat di kahwinkan dan hasilnya telepon bimbit ,,,komunikasi dua hala dan bersepah…canggih sehingga kini . Manusia terus menggabungkan telepon dengan email misalnya…

Buku adalah teman sepanjang hayat..berat pun tak sampai sakit badan,,..nak jimat pasang lilin pun boleh ...

bersambung….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.