Mengapa Novel Cinta Paling Laris
Tuan Mat Jan, semasa menyampaikan bengkel sai-fainya Sabtu lalu, beliau mengemukakan faktor-faktor di sebalik fenomena mengapa novel cinta menjadi buku Melayu yang ngetop julannya.
Kajian yang beliau jalankan di kedai-kedai buku utama mendapati kejayaan novel cinta Melayu adalah kejayaan yang di luar kebiasaan dalam erti kata ia adalah kekecualian.
Bagi sektor buku Inggeris dan buku Cina yang dijual di kedai-kedai utama, novel romance tidak menjadi buku paling ngetop jualannya. Bagi kedua-dua bahasa itu, pengarang-pengarang paling terkenal pun bukan pengarang novel-novel romance.
Mengapa novel cinta menjadi buku yang jualannya paling ngetop dalam sektor buku Melayu adalah disebabkan buku-buku lain tidak ada. Demikianlah hasil kajian Tuan Mat Jan.
Hmm... Alangkah banyaknya kawasan Laut Biru bagi industri buku Melayu!
.
.
Kajian yang beliau jalankan di kedai-kedai buku utama mendapati kejayaan novel cinta Melayu adalah kejayaan yang di luar kebiasaan dalam erti kata ia adalah kekecualian.
Bagi sektor buku Inggeris dan buku Cina yang dijual di kedai-kedai utama, novel romance tidak menjadi buku paling ngetop jualannya. Bagi kedua-dua bahasa itu, pengarang-pengarang paling terkenal pun bukan pengarang novel-novel romance.
Mengapa novel cinta menjadi buku yang jualannya paling ngetop dalam sektor buku Melayu adalah disebabkan buku-buku lain tidak ada. Demikianlah hasil kajian Tuan Mat Jan.
Hmm... Alangkah banyaknya kawasan Laut Biru bagi industri buku Melayu!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya ada bertanya seorang rakan perempuan mengapa dia menggemari novel cinta Melayu:
1. Semakin sedih dan berjuraian airmata semakin sedap di baca katanya. Dia boleh rasakan kesengsaraan watak tersebut melalui pembacaan.
2. Antara persitiwa sedih dan gembira mana satukah kisah yang lebih dekat di hati pembaca? Dia menjawab dia lebih suka kisah sedih.
2. Saya tanya dia, kalau latar tempat asyik-asyik di Cameron Highland pun best ke? Dia jawab tempat itu dia pernah pergi jadi dia tahu dan membuatkan kisahnya lebih hidup.
3. Tidakkah bosan kalau tema serupa cuma tukar kain dan baju sahaja yang berbeza? Dia jawab, kalau terlalu lain nampak macam pelik dan susah hendak dikhatamkan. Walaupun boleh diduga pengakhirannya dia tetap puas sebab unsur airmata didalamnya itu tadi.
4. Dia boleh membaca 2-3 buku yang tebal amat itu dalam sehari semalam tanpa tidur.
Dia adalah seorang programmer wanita yang nampak amat ‘brutal’ (dengan izin) tetapi amat menggemari novel cinta yang sebegitu.
Begitulah kisahnya ...
.
airmata (SALAH) = air mata (BETUL)
best ke (BMR- SALAH) = bestkah (BMR juga - ejaan betul)
didalamnya (SALAH) = di dalamnya (BETUL)
——-
Antara pekerjaan yang paling memenatkan bagi saya adalah membaca novel-novel cinta. Saya tidak pernah berjaya membaca sehingga muka surat tiga. Aneh. Syukur novel-novel itu bukan saya yang beli.
Saya juga cepat khatam buku novel cinta. Saya baca tiga muka surat hadapan, kemudian saya baca bab terakhir dan sedikit bab tengah. Sekiranya menarik, barulah saya membaca keseluruhan novel. Jika sebaliknya, itulah pertama dan terakhir kali saya membaca novel tersebut. Sebab itu cepat khatam.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Novel Cinta: Satu penilaian semula
—————————————————
Dia tidak suka
cerita berat sakitkan kepala
tapi lebih suka
novel cinta ayat cinta
yang sentiasa merembat air mata
Aduhai pembaca
cinta itu kegemaran dia
fantasi indah-indah belaka
hingga rentung sudah minda
betapa baginya, cinta
perlu di nilai semula…
.
Dia suka
cerita berat yang ditulis cara ringan
dia lebih suka
novel cinta yang memberikan harapan
Aduhai penulis
cinta itu keperluan semua
lukiskan realiti yang benar
kisah cinta yang tidak berdusta
malah menyelamatkan
iman.
Puan Sifu yang dihormati,
Bagi saya cinta sebenar ialah selepas berkahwin iaitu setelah kita kenal benar pasangan dan hidup susah dan senang bersamanya.
Cinta sebelum berkahwin mudah, indah, bebas, muda dan cantik. Cinta selepas berkahwin indah juga namun banyak liku dan tanggungjawab.
Mengapakah di pasaran tiada buku cinta selepas berkahwin, Puan? Lagu cinta juga begitu.
Salam,
Saudara Mal,
Saya pernah menghadiri suatu bengkel motivasi anjuran seorang pengurus agensi insuran yang paling produktif dalam syarikat insurans terbesar di Malaysia.
Saya masih ingat beliau mengatakan, ada orang suka mendengar lagu dan membaca cerita-cerita yang merembeskan air mata. “Bahaya!” kata beliau. Apabila kita sentiasa mengasak minda dengan cerita-cerita sedih begitu, kita akan menjadi seorang yang hilang kepercayaan pada diri dan tidak mampu berfikiran positif.
Kata-katanya itu terbukti benar apabila saya meneliti diri sewaktu mencari penawar penyakit.
Puan sendiri pernah berkata dalam bengkel, jika kita sering menimbunkan sampah dalam minda, sampahlah yang kita akan keluarkan.
Sesiapa yang ingin tahu benar atau tidak, cubalah. Saya sudah cuba.
Apabila kita sentiasa membaca yang sedih-sedih atau hal yang remeh-temeh, cuba perhatikan apa yang keluar dari mulut kita; benda yang sama.
Saya berdoa supaya rakan Mal akan mengurangkan membaca cerita-cerita sedih itu. Muda-muda ini bolehlah. Bila sudah tua nanti, sudah berkerak di minda, susah jadinya.
Tentang lokasi serupa setiap kali: Mungkin cerita itu tidak berkisar di bangku yang sama dalam setiap buku.
Mungkin dalam buku A mereka bertemu di bangku depan taman.
Buku B mereka berlari-lari ala Hindustan di celah-celah pokok teh.
Buku C pula pasangan dalam buku itu berasmara di tepi jurang di tengah jalan naik ke Cameron. Mayat mereka ditemui 3 bulan setelah satu negara gempar dalam akhbar Kosmo yang pasangan itu telah dibawa lari ke angkasa lepas oleh kapal angkasa makhluk asing ciptaan Saudara Mat Jan dan Firdaus Arif.
Maaf, Saudara Mat Jan dan Saudara Firdaus, saya gurau saja.
Puan Siti Hajar, saya suka cerita “Buku C” itu. Sila hantar manuskripnya, haha!
Haha, kreatif sungguh cerita Buku C Puan Siti Hajar itu!
Puan Siti Hajar yang dihormati,
Terima kasih di atas ulasan puan itu. Idea puan sungguh kreatif!
Untuk rakan saya itu, dia sudah sampai ke tahap kronik. Malahan seluruh ahli keluarganya juga (yang perempuan) pembaca novel yang tegar.
Pasti ada sesuatu ilmu kalau tidak banyak yang dititipkan lewat novel-novel yang dibacanya. Novel cinta popular sememangnya peratusan curahan emosinya lebih tinggi berbanding nilai intelektual dan keagamaan. Mungkin itulah keistimewaan bahan bacaan sedemikian.
Di PTS mungkin kita akan menerbitkan novel yang lebih berpijak di bumi nyata dan mentafsirkan semula makna cinta itu mengikut syariat yang ditetapkan. Itulah cabarannya.
Cinta bukanlah segalanya, namun tanpa cinta segalanya tidak mungkin menjadi nyata!
KS
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“Untuk rakan saya itu, dia sudah sampai ke tahap kronik. Malahan seluruh ahli keluarganya juga (yang perempuan) pembaca novel yang TEGAR.”
Pembacanya tegar atau novel itu tegar… heheheh
Lagi bagus kalau cadangkan mereka membaca novel jibunsyi “TEGAR” karangan Sdr Mohd Zafran…
Post a comment