Saturday, May 06, 2006

Mengapa Novel Remaja PTS Belum Nampak Gah

PTS One sudah menerbitkan lebih 20 judul novel remaja tetapi jika saudara ke kedai buku, novel-novel PTS itu ada masanya diletakkan bersama-sama buku kanak-kanak, ada masanya diletakkan bercampur-campur dengan buku-buku bahasa Melayu lain.


Mengapakah ini berlaku?


Ini adalah situasi normal apabila kita menerbitkan buku-buku kategori baru. Novel-novel remaja PTS adalah kategori baru, penerbit lain tidak menerbitkan novel-novel remaja seperti novel PTS, oleh itu jumlahnya tidak banyak.


Disebabkan novel-novel itu baru dan tidak banyak, petugas di kedai buku tidak tahu di mana novel-novel itu sepatutnya dipamerkan. Hendak diletakkan bersama-sama novel cinta, ia bukan novel cinta. Hendak diletakkan di tempat buku kanak-kanak, ia bukan buku kanak-kanak.


Hendak diberi rak khas, jumlahnya sedikit. Jika jumlah judul tidak cukup banyak, jika kedai beri rak, buku yang ada tidak cukup bagi mengisi rak itu! Kedai takkan mahu rak bukunya kosong separuh. Maka mereka pun letakkan novel-novel itu di mana ada ruang!


Selagi judul bagi sesuatu kategori buku itu belum sampai 50, selagi itu kedai takkan mahu memberikan rak khas bagi mempamerkan judul-judul itu setempat.


Untuk membiayai penerbitan 50 judul, penerbit mesti menyediakan modal minimum RM300 ribu! Bisnes penerbitan buku bukan permainan modal kecil.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Remaja: Persepakatan antara PTS dan KarnaDia Previous entry: Iklan
Panaharjuna  on  05/05  at  01:34 PM

Pada pendapat saya, remaja itu sendiri suatu dunia yang sukar di mengerti, ia bukan dunia kanak-kanak, kerana batas fikirannya telah melangkaui had itu namun ia bukan dewasa kerana masak dan matangnya fikiran remaja itu belum sepenuhnya teruji, malah mencukupi. Memahami dunia remaja (yang menurut hemat saya sebenarnya adalah sesuatu yang sukar)memerlukan kesabaran, apatah lagi dalam menghasilkan karyanya. Karya untuk remaja tidak boleh jatuh ketahap ringan dan picis namun dimasa yang sama harus bijak, mendidik, bererti dan memimpin - namun dalam setiap karya yang dihasilkan, nadanya bersahabat. Jangan malah mengajar-ajar. Dunia remaja (menurut hemat saya) tulus dalam mengakrab namun dimasa yang sama menolak sifat yang memperlihat pengawalan.
Saya berharap penyatuan KarnaDia dan PTS dalam menghasilkan karya-karya yang bererti untuk dunia remaja tidak dipandang ringan.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  05/08  at  08:07 AM

Sdr Panah,
Saya tertarik sekali dengan pendapat saudara. Istilah dan konsep ‘remaja’ ini tidak ada persamaannya dalam fiqh. Dalam fiqh yang ada ‘belum baligh’ dan ‘sudah baligh’. Tidak ada fiqh yang berlainan untuk remaja. Dalam undang2 Barat ada mahkamah juvenil (remaja). Perkataan ‘remaja’ itu pun tidak ada dalam bahasa Melayu. Ia dipinjam daripada bahasa Sanskrit.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: