Thursday, July 12, 2007

Mengapa Pelajar Pintar Bodoh Flanking

Strategi masuk ikut banyak pintu memerlukan pakar-pakar flanking mencipta banyak idea, mengenal pasti banyak halangan, mendesain banyak strategi, menyusun banyak langkah taktikal, melatih banyak pelaksana - semuanya digerakkan serentak.

Kemahiran berfikir "banyak-banyak" begini tidak diajarkan di sekolah dan di universiti. Sekolah melatih budak-budak pintar mencari 1, dan hanya 1, jawapan yang betul. Tidak ada soalan dalam kertas peperiksaan yang mahukan supaya pelajar pintar memberikan banyak jawapan yang semuanya betul-betul belaka.

Dalam dunia bisnes, barang siapa yang cuma mempunyai 1 idea, dijamin dia akan termasuk dalam kumpulan 93% bisnes yang bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas beroperasi.

Apabila budak-budak pintar itu masuk universiti pula, mereka dilatih oleh profesor-profesor mereka supaya pandai mengkritik, mencari kesalahan, kelemahan, kesilapan yang terdapat pada idea-idea orang lain.

Dalam dunia bisnes, cubalah menjadi orang yang suka dan sangat pandai mengkritik-kritik orang-orang lain, yang pandai membuktikan idea-idea orang lain salah. Siapakah yang suka berkawan dengan orang yang pandai mencari salah orang?

Di universiti, selepas profesor-profesor itu berkuliah dan mengajarkan kelemahan-kelemahan idea-idea profesor lain, tidak pula mereka mengajar pelajar-pelajar pintar itu bagaimana mencipta idea-idea yang lebih baik.

Dalam dewan peperiksaan pun begitu juga. Tidak ada soalan dalam kertas peperiksaan yang mahukan pelajar-pelajar itu mencipta idea mereka sendiri, teori mereka sendiri, yang lebih baik daripada idea dan teori yang mereka kritik itu.

Itu sebab banyak pelajar pintar, hanya pintar semasa di sekolah, semasa mereka masih berada dalam dewan kuliah. Selagi ada soalan peperiksaan yang perlu dijawab, selagi itu mereka pandai membuktikan diri mereka pelajar pintar.

Di luar pintu pagar universiti, di mana mereka perlu mencipta soalan-soalan sendiri, dan menjawabnya sendiri, mentol budak-budak pintar itu makin kecil nyalanya... lalu padam.

Universiti Terbuka PTS menjanjikan perbezaan. Masuk UNIKA PTS.

Gratis lagi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mencipta Peluang Bersama POPULAR Previous entry: Flanking dan Promosi Senyap-senyap Brand "PTS Islamika"
Riduan Khairi  on  07/12  at  12:23 PM

Yang ini perlu baca buku Belajar Berfikir oleh Puan Sifu. Sedang baca belum habis-habis lagi!
——-

Saifuddin  on  07/12  at  12:53 PM

Puan Ainon,

Bab ini memang saya sangat bersetuju. Pelajar asyik berbahas tanpa mengetahui yang mana prioriti untuk mereka fokus. Sebab itulah pensyarah-pensyarah di Malaysia membaca hanya tiga puluh buah buku selama dua tahun! Haiya… (tepuk dahi) smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/12  at  01:07 PM

Asalamualaikum Puan Sifu,

Tulisan Puan membuat saya berasa mahu ‘bersekolah’ semula - di ‘sekolah’ baru, menjadi manusia baru.

Sekarang setiap hari saya masuk UNIKA.

Saharman  on  07/12  at  04:07 PM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Sekarang ini saya setiap hari datang berkuliah dengan Puan Sifu di Universiti PTS ini dan juga sedang menghabiskan buku rujukan saya ” Belajar Berfikir “. Terima kasih kerana menyediakan kuliah ini, gratis lagi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: