Monday, August 20, 2007

Mengapa Pesta Buku Amat Penting bagi Penerbit, Pengedar, Pustakawan dan… Penulis

Pesta buku 2008 akan diadakan pada April 2008, ertinya para penerbit hanya ada 7 bulan sahaja lagi untuk menerbitkan sebanyak-banyak judul baru.

Bagi saudara yang bukunya sudah dijadualkan terbit sebelum Pesta Buku 2008, kerja lebih kuat supaya jadual itu dipatuhi.

Ingat petua nombor 1 dalam disiplin mengurus waktu dan kerja: Buat yang IMPORTANT, bukan yang URGENT!

Pesta buku adalah amat penting bagi penerbit dan penulis kerana faktor-faktor berikut:

1. Penerbit dari Indonesia akan datang mencari judul-judul terbaru yang sesuai mereka lesen. Pada pesta 2007 seramai 110 orang delegasi Indonesia datang.

Jikalau semasa pesta buku itu buku saudara tidak sempat dipamerkan, maka janganlah bersedih!

Ambil kes novel siri pahlawan Islam oleh Abdul Latip Talib dilesen 4 serentak oleh Jakarta kerana ia terpamer pada Pesta Buku 2007. Begitu juga 3 buah buku tip kasih-sayang oleh Zamri Mohamad.

2. Agen-agen buku dari Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak turun bagi mendapatkan judul-judul terbaru yang dapat mereka bekalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan di tempat masing-masing.

3. Semua pustakawan daripada pelbagai perpustakaan di seluruh negara datang bagi mendapatkan judul-judul terbaru.

4. Semua kontraktor buku dari peringkat daerah, negeri dan persekutuan datang bagi mendapatkan judul-judul terbaru.

5. Semua pengurus jabatan buku Melayu dari semua rangkaian kedai buku elit, seperti MPH, POPULAR, KINOKUNIYA, BORDERS, TIMES dan lain-lain datang bagi melihat sendiri prestasi gerai-gerai para pembekal buku ke kedai mereka.

6. Semua pemilik kedai buku indie dari seluruh negara datang bagi mendapatkan judul-judul terbaru.

7. Pesta buku adalah tempat paling penting bagi aktiviti branding, promosi tokoh pengarang, dan promosi judul-judul baru yang diramalkan dapat dilesenkan ke Jakarta.

8. Pada pesta bukulah pelbagai "deal" berjaya dibuat antara penerbit dengan pelbagai pihak.

9. Pada pesta bukulah penerbit dapat menebar jala dengan amat berkesan bagi mendapatkan pengarang-pengarang baru.

10. Pada pesta bukulah komuniti pengarang dan editor dapat berjumpa dan mempererat hubungan profesional sedia ada.

11. Pada pesta bukulah pengarang dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana buku mereka dibeli, ataupun tidak dibeli, oleh pengunjung.

12. Pada pesta bukulah, penerbit dapat mengukur kedudukan prestasi masing-masing berbanding penerbit lain.

Nota: Pada pesta buku 2008 nanti, InsyaAllah antara produk-prooduk baru yang akan dilancarkan oleh PTS adalah novel-novel sai-fai Melayu. (Itu sebab Otai Mat Jan sudah mula stress....)

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mudahnya Berniaga dengan Rangkaian Kedai Buku Elit Previous entry: Perjanjian Lesen Penerbitan PTS: Disemak 3 Tahun Sekali
JR  on  08/23  at  01:17 AM

Salam,

13. Pada pesta bukulah, pencinta buku berhimpun, termasuklah mereka yang punya blog. Kalaulah blogger buku mendapat gambaran baik tentang buku-buku, penulis dan penerbit, mereka akan mencatat yang baik-baik dan mulus-mulus di dalam blog mereka. Itu adalah promosi percuma!
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.