Monday, December 25, 2006

Mengapa PNM Tidak Pilih Buku DBP?



Tahun 2006 sudah sampai hujungnya. Bagi kontrak perbekalan buku untuk projek Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 2006, buku-buku terbitan DBP tidak ada dalam senarai yang terpilih.


Sungguh menghairankan apabila tidak ada walaupun 1 judul DBP termasuk dalam senarai judul-judul yang dipilih oleh PNM. Dua pertanyaan yang timbul:


(1) Adakah ketiadaan judul-judul DBP dalam senarai 2006 disebabkan PNM membeli judul-judul DBP, tetapi melalui proses lain. Jika ini benar, kita amat bersyukur?


(2) Adakah PNM tidak memilih judul-judul DBP disebabkan kecuaian Dawama tidak menghantar buku-buku terbitan DBP ke PNM? Jika ini benar, DBP mesti mengenakan tindakan disiplin ke atas Dawama yang menyebabkan kerugian berjuta ringgit.


Situasi ini mengkhuatirkan golongan yang prihatin berkenaan nilai bahan-bahan bacaan yang dibekalkan ke perpustakaan-perpustakaan awam.


Adalah tidak masuk akal bagaimana buku-buku DBP tidak terpilih dalam senarai PNM.


Jika buku-buku DBP tidak terpilih, sedangkan mutu isi kandungan buku-buku DBP adalah yang terbaik dan paling bermutu, buku-buku yang bagimanakah agaknya yang mengisi kekosongan itu? Sedangkan tidak ada mana-mana penerbit swasta yang dapat menandingi kualiti isi buku-buku terbitan DBP.


Nilai jumlah buku yang dibeli oleh PNM bagi tahun 2006 adalah RM20 juta. Buku-buku yang bagamanakah yang dipilih, dan siapakah penerbit yang buku-bukunya dipilih bagi mengisi kekosongan tanpa adanya judul-judul DBP.


Penerbit buku Melayu yang kredibel tidak banyak, dapat dibilang dengan jari. Yang lain-lain itu adalah penerbit syarikat milik individu towkay Cina yang majoritinya membaca dalam Bahasa Melayu pun tidak fasih.


Mereka tidak mempunyai jabatan editorial sepenuh masa. Mereka main beli manuskrip dan ilustrasi daripada penulis-penulis 'cari makan'.


Mereka membuka beberapa syarikat penerbitan dengan nama-nama yang berlainan, tetapi towkaynya serupa. Ini trik biasa.



Gosip mengatakan PNM mempunyai peruntukan RM40 juta bagi projek pembelian buku 2007. Wang sebanyak itu tidak boleh tidak akan mengundang penerbit-penerbit yang tidak kredibel dan tidak beretika membekalkan judul-judul yang rendah kualitinya. Saat ini pun mulut-mulut penerbit "Jinjang Joe" itu sedang berbuih-buih bercakap berkenaan wang berjuta-juta itu!

.


.











 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Undang-undang dan Nama Samaran Previous entry: Bagaimana PTS akan Memasarkan Novel Jibunsyi ke TV
Helmy  on  12/25  at  11:42 PM

Salam Puan,

mungkin mereka memberi lorongan kepada penerbit-penerbit lain mengaut jualan dari PNM (kalau benar, saya ucapkan terima kasihlah banyak-banyak) dan lebih selesa jual buku melalui jualan gudang akhir tahun.

Tapi, saya nampak juga nama dawama dalam senarai - tapi tak tahu untuk pembekalan yang mana satu.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/26  at  05:25 AM

Satu lagi gosip mengatakan PNM ada cadangan hendak membeli manuskrip-manuskrip untuk diterbitkan. Hmmm

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/26  at  06:10 AM

Untuk perbandingan ;

Di Malaysia ada 22-24 IPTA(taraf univ dan univ kolej), setiap perpustakaan mempunyai bajet paling rendah 1.5 juta untuk buku sahaja ( jurnal dan pangkalan data atas talian diberikan bajet lain). Biasanya buku-buku terbitan tempatan diletakkan dalam 10% bajet untuk koleksi rujukan dan umum (ini termasuklah novel, ensiklopedia etc).

Jadi jika dikumpulkan persentnya agak tinggi juga. Rasa teruja untuk melihat Jibunsyi PTS menjadi bahan ‘wajib’ perpustakaan akademik di Malaysia.

rastom  on  12/26  at  12:09 PM

Di atas pentas sandiwara atau wayang kulit, walaupun nama Tok Dalang tidak disebut, tidak apa, asalkan wang mengalir masuk. Wayang jalan seperti biasa. Penonton disebelah layar hanya nampak Wak Dogol “make roti denge lauk aye”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.