Friday, September 25, 2009

Mengapa PTS Banyak PTS?

Salah satu pertanyaan yang biasa kita terima adalah, "Mengapakah PTS mempunyai banyak anak-anak syarikat?"

Ia adalah salah satu strategi bisnes PTS bagi meningkatkan dengan cepat produktiviti dan prestasinya. Tidak dinafikan bahawa strategi ini bukanlah tanpa risiko dan kelemahannya sendiri. Namun kelebihan dan manfaat strategi ini mengatasi risiko yang mungkin berlaku.

Berikut adalah kelebihan mempunyai banyak anak-anak syarikat:

(i) Setiap anak syarikat bebas membuat perancangan judul masing-masing. 

(ii) Masing-masing anak syarikat dapat mempraktikkan idea-idea kreatif mereka.

(iii) Kerenah birokrasi dapat dikurangkan.

(iv) Penulis PTS bebas berkarya dengan mana-mana anak syarikat dan ini meningkatkan produktiviti penulis.

(v) Persaingan yang menyeronokkan antara tim-tim anak syarikat menjadi pendorong berfikir secara kreatif yang sangat kuat.

dan (vi) Peluang naik pangkat lebih banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Overhaul dan 'revolusi pendidikan' Previous entry: Surat: Bagaimana Proses Menterjemah Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  05:04 AM

strategi pemerkasaan yang hebat. Bakat jadi kajian kes perniagaan satu hari nanti.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.