Mengapa PTS Melabur dalam Latihan Para Penulis
Bagi saudara yang baru hendak berjinak-jinak dengan PTS, kita terangkan sekali lagi bahawa buat masa ini semua kursus PTS adalah gratis - percuma, sehingga diberitahu kelak.
Kursus PTS adalah tanpa sebarang syarat yang mengikat, ertinya selepas saudara mengikuti kursus PTS, saudara boleh menulis untuk mana-mana penerbit buku yang saudara suka.
Kursus-kursus anjuran PTS adalah edisi konvensional bagi Universiti Terbuka PTS (UNIKA) yang bersifat maya.
SifuPTS hanya mengambil mentee daripada para peserta kursus PTS yang beliau kendalikan. Jika saudara mahu menjadi mentee SifuPTS, saudara wajib hadir kursus Sifu!
PTS melabur sekitar RM50 ribu setahun bagi menjalankan kursus penulisannya. Bagi sebuah syarikat yang sederhana seperti PTS, ini adalah jumlah pelaburan yang tinggi.
Pelaburan yang tinggi itu membawa pulangan (ROI - return-of-investment) yang tinggi kepada PTS.
Melalui pelaburan ini PTS memperoleh bakat-bakat penulis muda yang terbaik! PTS juga memperoleh bakat-bakat baru yang layak diambil sebagai staf editorial PTS dari waktu ke waktu....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum.
Sifu, saya berminat untuk menghadiri kursus PTS, tetapi menghadapi masalah dari segi jarak dan penginapan. Adakah ada alternatif lain untuk saya terlibat dalam penulisan buku-buku PTS?
Terima kasih.
Saudara naik bas malam, pagi-pagi sampai ke Sekolah al-Ikhlas, malam balik dengan bas juga. Cara ini sudah dilakukan oleh banyak peserta lain.
——-
Terima kasih buat PTS
Terima kasih buat Puan Sifu dan semua warga PTS
Assalamualaikum Puan,
Seandainya ada yang berminat mahu menjadi pelajar Sifu, tetapi berada di luar negara, maksudnya dia tidak diterima menjadi mentee di PTSkah?
Terima Kasih.
Salam,
Saya juga berminat untuk menyertai latihan-latihan yang dianjurkan oleh PTS. Moga dapat merealisasikan impian untuk menjadi seorang penulis meskipun sentiasa dihalangi oleh kesibukan kerja. Moga PTS akan terus membuka peluang dan ruang kepada orang seperti saya. Terima kasih.
Maaf, Sifu,
Saya tidak dapat hadir kursus pada 19 dan 20 Mei. Demam tiga hari dan tidak larat hendak memandu dari JB. Insya-allah akan hadir kursus akan datang. Saya akui kursus-kursus PTS amat “berharga” pada saya.
Assalamulaikum, Sifu.
Saya adalah pelajar perubatan. Mahu menjana gagasan idea, menyampaikan kepada siapa sahaja yang mahu mendengar melalui penulisan, tetapi terbatas dek masa dan jadual. Apa nasihat dan pendapat Sifu?
Saudara Safwan, alaikumussalam. Bagi maklumat saudara di PTS ada seorang novelis bernama Dr. Haslisa Ramli, lulusan fakulti perubatan UKM. Salah satu novel beliau adalah CERITA SATU IMPIAN. Semasa saudara masih belajar, menulislah untuk banyak akhbar dan majalah yang ada dalam pasaran. Ia pendek, cepat disiapkan, dan mudah diterbitkan.
Salam Sifu,
Semasa belajar dulu saya selalu menulis article pendek untuk majalah (pernah diterbitkan) dan juga pernah menulis dua buah novel (tidak pernah diterbitkan, hanya untuk pembacaan kawan-2 aje). Dulu saya bercita-cita menjadi penulis sehingga tesis kakak saya pun saya tolong karangkan(BM). Tetapi selepas belajar di universiti (guna English)dan bekerja, dah berhenti menulis dan sekarang bila hendak kembali menulis, dah hilang skill. Kalau saya berminat nak join kursus PTS, bagaimana caranya untuk mendaftar?
Post a comment