Tuesday, August 25, 2009

Mengapa PTS Menolak “Bahasa Komik”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komik-komik PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Dalam erti kata lain, bahasa komik PTS mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa DBP.

PTS tidak menggunakan bahasa slanga yang lazimnya digunakan dalam komik-komik popular kerana faktor-faktor berikut:

(i) Semboyang PTS adalah "memandaikan bangsa". Oleh itu kita mahu supaya dengan membaca komik-komik PTS, pelajar-pelajar sekolah dapat belajar bahasa yang betul, dengan itu meningkatkan prestasi pelajaran Bahasa Melayu mereka di dalam bilik darjah.

(ii) PTS mahu supaya komik dapat dibawa masuk ke dalam premis sekolah kerana komik PTS dapat berfungsi sebagai salah satu alat bantu-mengajar Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru subjek Bahasa Melayu.

(iii) PTS mahu supaya ibu bapa tidak menghalang, malah menggalakkan, anak-anak mereka membaca komik-komik terbitan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru dari Ezee Rahmani untuk Peminatnya: "Sarah dan Senduk" Previous entry: Sastera Remaja Islami Terbaru dari PTS....
Web Sutera  on  08/26  at  03:27 PM

Assalamualaikum Sifu yang saya hormati,

Teruskan usaha ini. Saya sokong dengan membeli untuk anak-anak. Saya juga turut membacanya, insyaAllah. Saya akan pantau perkembangan Komik-M ini secara rapat.

Saya akan terbitkan satu entri khas. Tidak tahu bila lagi.

rastom abdel al rahman  on  08/28  at  07:47 AM

Puanku el Sifu…..

..i) Semboyang PTS adalah “memandaikan bangsa”. Hmmm orang Terengganu tuliskah?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/28  at  07:59 AM

Tuanku el Rastomi,

Sudah lama tuanku mendiamkan diri, kini baru muncul kembali….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.