Mengapa PTS Tidak Disukai Kontraktor Buku yang Rasuah
Kita sudah lama mendengar gosip bahawa di kalangan kontraktor buku yang mengamalkan rasuah, mereka tidak suka memasukkan judul-judul PTS bagi projek-projek pembekalan buku kementerian, khususnya kementerian pelajaran, walaupun mereka mengakui bahawa buku-buku PTS bermutu dan sesuai dengan keperluan projek-projek kementerian.
Puncanya adalah mereka tidak sukakan dasar perniagaan PTS yang mencetak harga buku-buku PTS pada kulit buku.
Apabila PTS mencetak harga buku di kulit bukunya, baik kontraktor, mahupun pengedar ataupun pekedai, mereka tidak dapat lagi hendak menaikkan harga buku-buku PTS sesuka hati mereka.
Kontraktor yang rasuah mahu menaikkan harga buku yang mereka bekalkan kepada kerajaan sebab mereka perlu membayar pegawai-pegawai dan ahli politik yang membantu mereka mendapatkan kontrak.
Jadi, dari satu segi dasar perniagaan PTS sekarang merugikan PTS sendiri. Kesan dasar PTS ini menyebabkan:
1. PTS terpaksa mengedarkan buku-bukunya sendiri.
2. Banyak pengedar tidak mahu mengedarkan buku PTS.
3. Kontraktor buku tidak mahu memasukkan judul PTS dalam borang submission mereka.
4. Kedai-kedai buku indie tidak suka menjual buku-buku PTS.
Kalau begitu keadaannya, mengapakah PTS tetap berpegang kepada dasar mencetak harga buku pada kulit buku-bukunya?
Jawapannya: Demi menjaga kredibiliti PTS sebagai sebuah penerbit yang telus dan jujur mahu berniaga dengan cara-cara yang bersih!
Nota: Walaupun PTS memiliki sijil kementerian kewangan, PTS sendiri tidak masuk sebarang tender kerajaan dan mengharapkan kontraktor buku Bumiputera yang memasukkan judul-judul PTS dalam borang kontrak mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Biar untung sedikit tetapi berkat dan berterusan. Yang penting istiqamah dalam menyampaikan kebenaran ilmu melalui saluran penulisan dan penerbitan.
Puan Ainon,
Semalam saya membeli buku di sebuah gerai menjual buku-buku agama di dalam sebuah pasaraya di Ampang.
Saya ada bertanya pada penjual itu samada ada menjual buku-buku terbitan PTS. “Tiada pembekal”, katanya. Ini agaknya poin no. 4 yang puan maksudkan itu.
Tahniah Sifu. Kontraktor Bumiputera kena belajar untuk menjadi lebih jujur dalam bisnes mereka.
Rezeki ada di mana-mana. Biarkan sahaja siluncai itu terjun dengan labu-labunya.
Saya suka PTS kerana berdikari dan tidak mudah patah semangat. Kalau banyak bergantung kepada orang lain, banyaklah ‘kerenah birokrasi’.
Suatu hari nanti PTS akan membangun, menjadi lebih kuat lagi, sebab manusia yang berjalan dan berlari dengan kaki sendiri, kakinya akan lebih kuat.
Tenaga kerja PTS adalah aset penting yang membangunkan PTS! Mereka pasti dapat menangani cabaran ini.
Mencetak harga di buku telah membuktikan kesungguhan dan kejujuran PTS berniaga. Orang lain boleh bercakap dan bercakap sahaja mengenai membasmi rasuah.
Anak bangsa kitalah yang paling rugi kerana ‘menyerap’ dan terdidik dengan bahan buku tidak bermutu.
syabas Puan Ainon! Dalam keadaan negara kita sekarang memang susah nak cari usahawan seperti Puan. Ramai yang dah muak dengan perangai buruk sesetengah bangsa kita. Oleh itu, saya rasa sudah tentu ramai yang mahu berganding bahu memajukan PTS - Berjihad ke arah dunia yang lebih sempurna. Inilah salah satu tugas kita pada masa ini, sebagai Khalifah Allah. Sama-sama lah kita berdoa semoga Allah terus membantu kita dalam usaha ini.
rosiah.
Post a comment