Tuesday, November 06, 2007

Mengapa PTS Tidak Menggunakan Perkhidmatan ‘Runner’ ke Sekolah

Pada masa ini, sekolah-sekolah membeli pelbagai buku daripada mereka yang dipanggil "runner".

Runners adalah individu-individu yang mengambil buku daripada penerbit dan membawanya ke sekolah bagi ditunjukkan kepada guru-guru, pengetua dan guru besar. Runner-runner itu meng-kontrol sekolah-sekolah tertentu, dan mereka tidak benarkan runner-runner lain pergi ke sekolah-sekolah itu.

Banyak runners datang ke PTS dengan cadangan mereka mahu membawa buku-buku PTS ke sekolah-sekolah yang mereka kontrol. Mereka datang mencari PTS sebab gu-guru meminta buku-buku PTS. Majoriti runners tidak suka membawa buku-buku PTS sebab harga jualan buku PTS sudah dicetak pada kulit buku, jadi runners tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku PTS.

Memang benar, runners adalah mata rantai penting bagi jualan buku-buku pendidikan terus ke sekolah-sekolah. PTS kehilangan banyak jualan kalau tidak mahu menggunakan perkhidmatan runners.

Buat masa ini PTS tidak berminat menjual buku-bukunya direct ke sekolah-sekolah dengan menggunakan perkhidmatan runners. Ini menyebabkan jualan buku-buku pendidikan PTS tidak sebanyak yang sepatutnya. Ini juga menyebabkan banyak guru merungut mereka sukar mendapatkan buku-buku PTS.

Majoriti runners adalah salesman Cina. Ini adalah faktor yang menyebabkan runners terkenal dengan main sogok kepada guru, guru besar dan pengetua sekolah. Maklumlah, mereka tidak mempunyai konsep 'dosa' dan 'pahala'.

Banyak runners Melayu pun sekarang sudah terikut-ikut dengan amalan sogok-sogokan.

Memang dari sudut undang-undang, kedudukan PTS jelas: Runner-runner itu membeli buku dari PTS dan apa yang mereka buat di sekolah, itu tidak ada kaitannya dengan PTS.

Namun, PTS tidak mahu buku-bukunya dibawa ke sekolah oleh runners yang main-sogok sebab perbuatan runner-runner itu mencacatkan nama baik PTS sebagai penerbit yang bebas-rasuah. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apabila Penulis Tidak Sabar Menunggu Giliran, Lalu Kahwin Lain Previous entry: Apa Masalah Menteri Ini?
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/06  at  09:36 AM

Setuju dengan pendapat Sifu “konsep ‘dosa’ dan ‘pahala’. Malangnya ramai juga orang Melayu Islam yang memandang tinggi kejayaan Cina tanpa melihat cara yang mereka (Cina) gunakan.

Riduan Khairi  on  11/06  at  11:47 AM

Sayang sekali Sifu apabila buku-buku yang bagus-bagus terbitan PTS dan penerbit lain tidak naik ke rak perpustakaan sekolah.

Dan yang lebih rugi ialah anak-anak pelajar kita.

Perlu ada satu ikhtiar supaya situasi ini dapat ditangani.

Abdul Latip  on  11/06  at  11:53 AM

Saya pernah dijemput memberi ceramah di beberapa buah sekolah. Dan biasanya saya membawa buku-buku disamping mempromosikannya. Dari pengalaman tersebut, memang benarlah, kuasa membeli terletak kepada guru besar sekolah tersebut. Kalau guru besar kata ok baru pihak sekolah membelinya.

Ada sebuah sekolah guru pusat sumber berminat membelinya tetapi guru besar geleng kepala. Terpaksalah cikgu itu guna duit poketnya sendiri membelinya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/06  at  12:01 PM

Banyak pengetahuan saya dapat dari cerita rakan-rakan tentang pengedaran buku-buku di sekolah macam cerita En Abd Latip di atas dan En Adnan semalam.Baru tahu keadaan sebenar.
Sifu,terima kasih kerana menyediakan kuliah ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: