Mengapa Sifu Sanggup ke Tok Bali
Kalau hendak difikirkan, apa gunanya Sifu ke Tok Bali subuh-subuh buta, bukan dengan menaiki Mercedes, tetapi MPV sahaja (dibeli dengan duit royalti buku kami), memang kita akan hilang semangat hendak pergi.
Tetapi, dalam perjuangan, kita tidak ditanya tentang 'hasil' yang diperoleh, sebaliknya kita ditanya berkenaan 'usaha' apa yang sudah dilakukan. Maka itu, fokus kita dalam berjuang adalah usaha-demi-usaha.
Dalam suatu kisah, sewaktu api sedang disediakan bagi membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup, ada seekor burung pipit yang menggunakan paruh kecilnya mengambil air lalu menjatuhkan titisan air itu ke atas unggun api yang sedang marak.
Maka burung-burung lain yang lebih besar berkata, "Alangkah sia-sianya perbuatan si pipit itu. Mustahil setitik air dapat memadamkan unggun api yang menyala-nyala."
Lalu dijawab oleh si pipit, "Inilah usahaku."
Maka kami adalah umpama si pipit itu - saya pipit tua 57 tahun, dan Prof. Abdullah Hassan pipit lebih tua, 65 tahun. Marilah, wahai pipit-pipit muda, kita teruskan usaha.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hamba lagi pipit; pipit baru belajar terbang, jatuh, bangun, rebah, bangkit semula. Akhirnya berdagang di dunia fana ini, kembali pun dagang juga.
Bak kata Nordin Ahmad: “Dagang hamba mengkuang layu”
——-
eh silap! “Dagang hamba menumpang lalu”
Sdr WEB,
Ustaz saya yang menjadi konsultan peribadi saya dalam hal-ehwal agama berkata, jika dalam perjuangan, kita tidak mengalami pelbagai kesusahan, tentu ada yang tidak betul dengan cara perjuangan kita itu, sebab Nabi Muhammad berjuang dan mengalami pelbagai kesusahan, bagaimana pula kita dapat berjuang tetapi tidak mengalami sebarang kepayahan?
Macam ada ulamak yang mengaku dia juga berjuang menegakkan Islam di negara kita yang tercinta ini, tetapi dia hidup senang-lenang, ada jawatan tinggi, ada kereta rasmi, naik kapal terbang kelas 1, selalu duduk dalam majlis-majlis orang besar-besar…. tentu ada yang tidak betul dalam cara ulamak itu berjuang, sebab Nabi Muhammad tidak berjuang dengan cara-cara begitu.
Hmmm…. betul juga kata ustat saya…
Sifu,
Semoga berjaya dalam usaha anda. Banyak lagi cara untuk memperbaik dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Saya setuju benar dengan apa yang puan utarakan. Namanya pun berjuang. Tentu ada onak dan duri yang merintang.
Namun ukuran paling benar, betul salah sesuatu perjuangan itu bukan berpangkal pada sudah atau senang.
Mahatma Gandhi berjuang pun susah. Nelson Mandela berjuang lagi susah. Pun begitu bukan kerana susahnya itu yang menjadikan perjuangan mereka itu benar. Dalam satu dua hal mereka yang susah itu benar.
Ukuran yang hanya tuntas benar adalah Al-Qur’an dan Sunnah berdasarkan faham generasi Salafussoleh.
Ini sekadar lontaran pandangan saya. Tidak enggang. Pipit pun bukan. Mungkin sekadar kelicap kot!
Nota Sifu: Wahai Buah Hatiku, si kecil yang berJIWABESAR, benarlah seperti kata saudara, yang benar itu apabila ia dilakukan kerana patuh kepada Quran dan Sunnah.
Sama seperti kenapa saya menulis buku IT sedangkan pihak universiti sendiri tidak bersungguh-sungguh mengajarnya.
Inilah dunia perniagaan pendidikan. Ambil pelajar ramai-ramai, kemudian ajar entah apa-apa.
Baca di blog saya http://www.fablefox.com , post ‘Pavlov Dog Phenomenon’.
Tetapi sekurang-kurangnya inilah usaha saya :-(
Betul… saya bersetuju. Apa yang dilalukan oleh sifu, pernah juga saya melakukannya…
Kisah dan motif yang berlainan. Tetapi caranya agak sama. Namun hal ini tidak saya ceritakan dalam blog saya, kerana isunya sangat sensitif dan boleh memalukan pihak tersebut.
Mengenai berkhidmat kerana ikhlas, atau berkhidmat sekiranya diberikan wang atau elaun.
Sungguh menyedihkan, ada golongan seperti ini dalam dunia profesional berkaitan dengan ______________.
Semoga sifu dan suami beroleh kejayaan. Teruskan perjuangan. Kami di sini insyaAllah tetap mendoakan.
Puan Sifu,
Betul Puan; jangan bicara pasal perjuangan jika tidak berani mengharungi gelombang dan mehnah dunia.
Saya sebagai mentee Puan, sentiasa menyokong. Usaha , doa dan tawakal, insyaAllah, Allah Maha Mengetahui.
Alamak salah eja, fasal bukan ‘pasal’, ish… jangan kena beduk oleh Sifu!
Perjuangan yang ikhlas tidak perlu dihebah-hebahkan kerana hanya Allah sahaja yang menilai… lainlah jika kita mahukan pujian-pujian dan dikagumi oleh makhluk - demikian pula kata ustat saya di kampung.
Post a comment