Monday, September 28, 2009

Mengejutkan! Mengapa DBP Mati Akal Dibuat oleh Dawama

Malam tadi saya makan malam semeja dengan Dato' Termuzi Abd. Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau bercerita daya usaha yang beliau sudah lakukan bagi mencari jalan keluar pada masalah prestasi buruk pengurusan Dawama terhadap pengedaran dan penjualan buku-buku tebitan DBP.

Menurut Ketua Pengarah DBP itu, semenjak Dawama mengambil alih HAK mencetak, mengedar, mempromosi dan menjual buku-buku teks yang diterbitkan oleh DBP, lebih kurang RM550 juta sudah dibayarkan oleh kerajaan kepada syarikat itu.

Meskipun prestasi Dawama amat buruk, DBP hanya boleh menamatkan perjanjian penswastaan antara DBP dengan Dawama dengan SYARAT kedua-dua belah pihak sama-sama bersetuju.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Perkataan Mempunyai Nilai Komersial Previous entry: Saya Membentangkan Kertas Kerja
Pemberi Maklumat  on  09/28  at  05:03 AM

Sedikit maklumat mengenai Dawama dari internet:

http://www.theedgemalaysia.com/business-news/3469-dawamas-rm150m-debt-notes-on-rating-watch.html

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/28  at  07:51 AM

Salam Puan Ainon.

Kira-kira lima tahun didahulu, saya pernah berbicara dengan akauntan DAWAMA. Beliau memberitahu, sebaik sahaja kontrak ditandatangani, malam itu pemegang saham DAWAMA sudah menjadi jutawan.

Saya boleh katakan, ia berlaku kerana kecekapan pemeilik DAWAMA menghidu peluang dan kealpaan (mungkin pakatan)pihak yang meluluskan perjanjian tersebut. Ia seperti apa yang terjadi kepada IPP dengan TNB.

Saya hanya boleh berharap, ia tidak lagi berlaku atau Kerajaan Pusat perlu berani berunding semula.

Sekian.

Pemerhati Politik  on  09/29  at  02:23 AM

Sekiranya kita membuat pencarian di R.O.C. untuk mengetahui siapakah para pemilik saham Dawama (atau mereka proksi siapa), tentu maklumat itu sangat menarik…!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/30  at  07:46 AM

Sebahagian saham DAWAMA dipegang oleh ahli konsortium Dewan Edar (KDE). Kesemua ahli KDE adalah bekas-bekas pengedar DBP.

Kesemua mereka bolehlah dianggap `sudah boroi` dengan laba hasil dari mengedarkan buku-buku teks ke sekolah yang bagi saya kerja sebegitu boleh dilakukan oleh hatta budak-budak yang sedang menunggu sijil SPM sekalipun.

Cohtoh, seorang pegedar disebuah negeri mendapat hak mengedar buku teks berjumkah RM1.3 juta. Susahkah hendak mengira nilai komisyennya dalam RM, jika dia diberikan komisyen 12% untuk hanya kerja menghantar ke sekolah yang dilakukan pada bulan Disember dan Januari setiap tahun ? Kerja dua bulan itu sudah cukup menampung pendapatan untuk setahun. Sebab itulah ada sebahagian mereka tidak memperuahkan lagi jualan buku-buku yang lain.

Maka, jika hendak menunggu mereka bersetuju membubarkan perjanjian…rasanya tunggulah `kucing bertanduk` dahulu.

Wassalam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/01  at  01:54 PM

Nak bagi mereka merana, bubarkan DBP!. Kemudian hidupkan DBP(TS - baca dbPTS). Jangan lupa daun resam DBP tu tinggalkan separuh jer ... macam UMNO Baru tinggal keris sebatang ... itu pun mujur tidak tinggal sarung keris ... aku serius ni.

Hidup Pakatan Rakyat—- PAS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.