Mengekspot Sastera Malaysia ke Jakarta
Apabila PT Lingkar Pena, anak syarikat milik MIZAN Group, melesen novel Salju Sakinah karya Zaid Akhtar, maka terbuktilah bahawa sastera Malaysia dapat diekspot ke Indonesia.
Sebelum ini 4 buah novel sejarah karya Abd.Latip Talip juga telah dilesen oleh Jakarta.
Ini membuktikan bahawa penerbit Indonesia bersikap terbuka terhadap karya sastera Malaysia.
Ini juga membuktikan selama ini karya sastera Malaysia gagal diekspot ke Jakarta disebabkan cara kerja kita yang salah.
Memang tidak semua karya sastera kita sesuai dengan kehendak penerbit dan pasaran Indonesia. Jadi penulis kita perlu mengetahui ciri-ciri karya sastera yang dapat diekspot ke Jakarta.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment