Menghimpun Harta Intelek dengan Menterjemah
Jika saudara menulis novel, belum pasti saudara dapat menerbitkan 1 novel setahun. Tetapi apabila saudara menterjemah novel, saudara dapat menterjemah lebih daripada 1 novel setahun.
Sesungguhnya, menterjemah adalah strategi yang lebih produktif bagi menghimpunkan harta intelek.
Pilihlah judul-judul yang mempunyai pasaran baik, dan yang evergreen. Dengan demikian saudara dapat menikmati royalti yang berpanjangan.
Katakanlah saudara dapat menterjemah 2 novel setahun, dalam masa 5 tahun saudara dapat memiliki 10 harta intelek. Katakanlah setiap judul menghasilkan RM2 setahun, saudara dapat menikmati RM20 ribu royalti setahun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment