Friday, January 27, 2006

Mengubah Nasib Pekomik Tanah Air

Tulis Sdr. Abdullahjones dalam blognya:


“....Saya ada mendengar yang Saadon Ishak dan Tazidi Yusuf melukis di Colmar. Sebenarnya ia sedikit mendatangkan kesedihan kepada saya kerana dua nama besar ini akhirnya hanya menjadi pelukis jalanan. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan yang pelukis jalanan sebagai kelas kedua. Cuma dalam kes Saadon dan Tazidi ianya menjadi satu cerita yang tidak sepatutnya berlaku. Kedua-duanya adalah nama besar satu ketika dulu dalam dunia humor Malaya.


Mungkin ada cerita lain yang berlaku sebalik kisah mereka, tetapi jika kita perhatikan secara luar, mereka adalah kisah malang kebanyakan pelukis di Malay(si)a. Kebanyakkannya hanya menjadi lembu tunai kepada tokeh-tokeh komik. Dipergunakan sepenuhnya ketika diperlukan.


Saya pernah melihat Ujang melukis muka orang di kompleks beli belah. Sepuluh ringgit sekeping rasanya. Saya malu melihat pelukis ternama seperti Ujang memgambil upah melukis muka orang.


Nan dan Kerengge sedikit beruntung kerana keduanya mempunyai kelulusan akademik. Yang lain hanya mengharapkan bakat dan ikhsan...." begitulah tulis Sdr. Abdullahjones.


Persepsi Sdr. Abdullahjones itu banyak betulnya.


Sebagai penerbit buku-buku bacaan umum, kita menggunakan banyak ilustrasi, dan ini bermakna kita banyak bergantung kepada para pekomik dan pekartun sebagai pembekal ilustrasi.


Sebagai orang industri, kita juga berminat melabur bagi membangunkan pasaran komik dan novel-novel grafik di negara ini dengan cara yang terancang, berdasarkan prinsip-prinsip perniagaan kita.


Para pekomik dan pekartun adalah kaum seniman. Jarang sekali ada kaum seniman yang pandai merancang bagaimana sepatutnya mereka mengeksploitasi keupayaan mencipta harta intelektual.


Sebagai penerbit, harta kita adalah para penulis yang meletakkan kepercayaan mereka kepada kita bagi menerbitkan karya-karya mereka. Kita berpegang pada prinsip: “Sesiapa yang menjadi rakan niaga kita mesti sama-sama buat duit dengan kita.”


Sudah sampai masanya kita penerbit dan kaum seniman duduk satu meja dan merancang produk-produk yang akan dihasilkan dan dipasarkan supaya kita membangun bersama-sama.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(9) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Singapore National Library Beli Manuskrip Melayu Previous entry: Aliran Realisme: Sudut Pandang Surah Yusuf
Aadi  on  01/27  at  06:40 PM

Puan Ainon,

Saya tertarik dengan sikap keterbukaan PTS untuk mewarnai dunia komik tanahair. Saya amat berharap PTS boleh membawa nafas baru untuk komikus-komikus kita.

Berkenaan kartunis melukis karikatur; berdasarkan pengalaman saya yg tak seberapa, bisnes tu amat menguntungkan kalau kena dengan tempatnya.
——-

sinaganaga  on  01/27  at  07:05 PM

Kak,
Saya berhalangan untuk bertemu kak pada esok hari. Kepala saya masih berlubang. Ha ha.

Apapun, saya krimkan beberapa orang ilustrator dan koordinator visual (storyboard) ke sana. Sila beri tunjuk ajar (ketika ini, saya sedang angguk2 kepala)!

Ada umur - kita berjumpa!

Soradewa matane bye bye!

Ainon Mohd.  on  01/27  at  08:31 PM

Sdr Aadi, PTS mengambil sikap terbuka, dengan itu kita mengajak para pekomik dan pekartun sama-sama bersikap terbuka. Ini penting sebab PTS ini ada mazhab rasminya, iaitu surah Yusuf. Hanya karya-karya yang menepati konsep seni mazhab ini yang dapat kita rancang bersama-sama.

Izam  on  01/30  at  07:58 PM

woooooo… kdg buatkan saya jadi takut nak jadi pelukis komik. Tapi peluang yg PTS buka ni dah kira bagus. Sblm ni, saya nak cuba pun tak berani, bila ada ‘suara sumbang’ dok cucuk kat belakang. “Hang tak yah la dok berangan nak cuba kat situ. Kroni SAHAJA!”.

At least, saya dah nampak sasarn saya dah lepas ni. Cuma tak tau mcm mana nak mula.

CEO  on  04/02  at  11:32 PM

Saya tertarik terhadap sebuah buku berjudul KLIK UNTUK KAYA 8 Rahsia Jutawan Siber. Di dalamnya terkandung karikatur yang menghiburkan di samping dapat menarik minat pembaca agar terus membaca buku tersebut. Meskipun topik yang dibicarakan agak berat tetapi ia dirasakan ringan kerana bantuan karikatur.

Pelukis karikatur tersebut ialah Sdr. Nor Azlin Ngah yang khabarnya pernah terlibat dalam produksi Eurofine iaitu Bawang Putih Bawang Merah.

Buku tersebut diterbitkan oleh AL-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd dan boleh didapati di kedai-kedai buku MPH dengan harga RM29 sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  09:54 AM

saya pernah berbual dengan kartunis don-Dia melukis di challet bukit tinggi selama seminggu dan bawak turun rm 14 ribu…ketika melukis karikatur di genting highland dia menyewa tapak dengan harga rm4000 sebulan dengan pendapatan harian menjangkau rm 3000 sebulan…melihat pada jenis kereta mewah yang di pandunya..saya mempercayai kata2nya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  09:59 AM

Saya pernah berbual dengan kartunis DON semasa dia melukis di ground floor bukit bintang plaza-saya tanya berapa sewa tapak untuk melukis di situ..katanya rm 4000 sebulan…seorang rakan yang agak baik dengan kartunis tersebut menceritakan-don melukis di bukit tinggi resort selama seminggu dan membawa turun rm 14 ribu..melihatkan pada jenis kereta mewah yang di pandunya saya yakin pelukis karikatur bukan calang-calang,kalah gaji menteri (walau pun bukan semua)-cuma kartunis ni kebanyakkannya low profile dan membiarkan orang-orang sekeliling membuat andaian dan tafsiran sendiri sebagaimana karya2 mereka di tafsir dari pelbagai sudut dan dari pelbagai tingkat pemikiran.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/24  at  11:22 PM

saye juga merasa kn ada benarnya kritik ttg kartunis tanah air kita, tp biarlah mata melihat telinga mendengar. cukup sekadarnya.

masing2 ada hala tuju yg akan dibawanya sendiri.

lgpun pelukis jalanan bukannye tidak bermaruah kerjanya yg harus kite kasihani.
dan sekiranya linuxs benar2 berjumpa dgn kartunis don, yg sedang dianggap pelukis jalanan tp hidup mewah..

maka dimana letaknya kita sendiri?
sekurang2nya don,tazidi,ujang pernah menempa nama di industri kreatif tanah air.


InsyaAllah, mari kita renung bersama.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: