Sunday, October 05, 2008

Penulis dan Kemahiran Mengurus Kejayaan

Kata pepatah Melayu: Mati bawang ditimpa jambaknya.

Bagi sesetengah penulis, apabila buku mereka terbit, berkat apa yang mereka tulis itu tiba-tiba mereka menerima banyak peluang menjadi orang terkenal.

Mereka mula menerima undangan berceramah, tampil bercakap di skrin TV, wajah menjadi penghias cover majalah, ditemui wartawan dan menjadi bahan artikel dalam media, dan seumpamanya. Ke mana-mana mereka pergi, ada sahaja orang-orang yang mahu mengambil foto dengan mereka, sampaikan ke majlis-majlis kahwin pun ada peminat meminta mengambil foto.

Salah satu kemahiran yang diperlukan oleh penulis adalah kemahiran mengurus kejayaan.

Contoh penulis-penulis PTS yang amat mahir menguruskan kejayaannya adalah Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim dan Puan Ain Maisarah. Banyak dapat kita pelajari daripada apa yang mereka lakukan DAN apa yang mereka tidak lakukan.

Kedua-dua penulis itu datang daripada dunia yang amat berbeza. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim adalah contoh penulis yang mempunyai banyak peminat di kalangan orang dewasa, manakala Puan Ain Maisarah mempunyai banyak peminat di kalangan remaja perempuan. Mereka berdua menjadi popular selepas buku mereka terbit. 

Dari masa ke masa, Sifu akan menulis siri entri berkenaan petua-petua mengurus kejayaan sebagai pengarang popular berdasarkan apa yang Sifu perhatikan tentang dua orang penulis ngetop PTS ini. Mudah-mudahan penulis-penulis PTS lain dapat belajar daripada entri-entri itu.

Nota: Bidalan 'mati bawang ditimpa jambaknya' bermakna 'ditimpa nasib malang akibat kejayaannya sendiri' kerana pokok bawang, apabila ia tumbuh subur, daun-daunnya yang subur itu (disebut 'jambak') kemudiannya membusuk di atas bawang itu, lalu menyebabkan bawang itu mati busuk. 

Nota: Foto disalin dari http://www.ainmaisarah.com 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Mengurus Kejayaan: Tip 1 - Merendah Diri Previous entry: Edensor

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: