Sunday, October 05, 2008

Penulis Mengurus Kejayaan: Tip 1 - Merendah Diri

Kata pepatah Melayu: Seperti resam padi, semakin berisi semakin tunduk.

Dalam budaya Melayu, salah satu ciri orang besar yang amat digemari oleh orang di sekeliling adalah sifat pandai merendah diri. 

Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim adalah contoh penulis yang sebenarnya adalah seorang orang besar. Beliau seorang pemegang ijazah Ph.D dan profesor akaunting serta memegang jawatan pengarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kemahiran beliau merendah diri dapat dilihat pada blog beliau.

Sebagai seorang orang besar, tentu sekali beliau mempunyai banyak rekod kejayaan, tetapi beliau tidak mempamerkan senarai pelbagai kejayaan yang diperolehnya di blog beliau pada kolum maklumat latar belakang diri beliau. Sebaliknya inilah yang beliau tulis bagi memperkenalkan siapa dirinya. Klik di sini.

Ambil sebagai contoh kemahiran beliau menceritakan kejayaannya tanpa menimbulkan kesan bahawa beliau riak dengan kejayaannya itu.

Apabila beliau menceritakan kejayaannya mengajak pelajar-pelajar UiTM segamat supaya datang bersembahyang di masjid kampus (yang sebelumnya selalu lengang)  -  beliau tidak menggunakan perkataan 'berjaya' ataupun 'kejayaan' bagi menggambarkan kejayaan beliau itu. Meskipun tanpa menggunakan perkataan 'berjaya' dan 'kejayaaan' para pembaca blognya tetap tahu bahawa beliau telah berjaya tanpa mereka menganggap beliau seorang yang suka memuji-muji diri sendiri. 

Faktor beliau yang mahir dalam seni merendah diri menyebabkan jumlah pembaca blog beliau semakin banyak, dan beliau menerima semakin banyak undangan berucap di khalayak umum. Semakin banyak beliau naik ke pentas menyampaikan ucapan, semakin kerap beliau berdakwah, justeru semakin tinggi populariti dan jualan buku beliau. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Itu 'Design Thinking' Previous entry: Penulis dan Kemahiran Mengurus Kejayaan
 on  10/04  at  12:15 AM

Salam Syawal puan,
Satu yang menarik apabila puan menggunakan istilah kemahiran/seni merendahkan diri. Bermakna sifat merendah diri ini boleh dilatih dan dibina sampai sebati seperti juga kemahiran berkomunikasi yang lain. Alangkah baiknya jikalau juzuk penting dari kemahiran berkomunikasi ini dibukukan dan ditulis oleh orang besar yang sudah menguasai seni-seninya.

 on  10/04  at  11:21 AM

Tuan Zakaria Sungip,

Saya setuju sekali dengan pendapat tuan bahawa kemahiran marendah diri (bukan ‘merendahKAN diri’) adalah juzuk penting dalam komunikasi interpersonal, dalam konteks budaya Melayu, bahkan budaya Asia.

Membaca buku-buku panduan komunikasi interpersonal tulisan profesor-profesor Barat tidak akan kita jumpai bab tentang teknik-teknik merendah diri.

Saya jadi terfikir perlunya kita menulis sendiri buku-buku panduan komunikasi interpersonal yang betul dalam konteks budaya Asia.

 on  10/06  at  11:35 AM

Merendah diri adalah menu bagi mengekalkan kejayaan. Meninggi diri juga hampir bermakna lupa diri.

Ketika Nabi Muhammad saw memasuki Mekah dalam peristiwa pembukaan Mekah, Nabi menundukkan kepalanya hingga hampir mengenai unta yang ditunggangnya. Berhala, simbol kebodohan dimusnahkan dari keliling Kaabah, juga dari Mekah. Berhala itu tidak kembali lagi ke Mekah hinggalah saat berakhirnya dunia.

 on  10/06  at  11:55 AM

Tuan Arrantaui,

Semakin tinggi kejayaan yang dicapai, semakin sukar merendah diri. Masya Allah, mereka yang berjaya tahulah sukarnya hendak merendah diri.

 on  10/06  at  12:28 PM

Ya, Puan Ainon, semakin tinggi manusia naik, semakin kecil manusia lain pada pandangan mata mereka.

Abu Bakar b. Abu Quhafah simbol perjuangan.
Umar b. AlKhattab simbol kejayaan.
Usman b. Affan simbol pekerti dan kerendahan diri.

Berjuang, berjaya, merendah diri.

 on  10/06  at  01:02 PM

Teladan daripada Nabi Sulaiman.

Setelah berjayanya Nabi Sulaiman mendirikan tembok penghalang, Nabi Sulaiman berkata, “(Tembok) ini adalah rahmat daripada Tuhan Aku......”.(Al-Kahfi:98).

 on  10/06  at  01:09 PM

Maaf, tersasul, bukan Nabi Sulaiman. Yang betul ialah Zulkarnain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: