Wednesday, August 22, 2007

Mengurus Risiko Bisnes: Apabila 10% adalah Sihat, Manakala 20% adalah Tidak Sihat

Bagi orang yang baru masuk bisnes, mereka mempunyai angan-angan yang berbunyi lebih kurang begini: "Kalau dapat satu klien besar, sudah cukup!"

Memang sekali fikir angan-angan begitu adalah amat bagus. Kata orang putih, dream-come-true. Maklumlah, menjaga 1 klien besar bermakna tidak banyak pening kepala.

Jika kita boleh dapat bisnes RM10 juta dari 1 klien, buat apa mahu pening-pening kepala hendak berniaga dengan lebih 400 buah klien?

Lagipun, bukankah berniaga dengan kerajaan amat selamat disebabkan kerajaan tidak menipu dalam erti kata kerajaan sentiasa membayar hutangnya?

Namun angan-angan beginilah yang menjadi salah satu faktor kelemahan struktural pada bisnes orang-orang Melayu di mana mereka hanya mahu berniaga dengan 1 klien besar @ kerajaan. Cukup itu sahaja.

Pada realitinya, ditinjau dari sudut strategi mengurus risiko, angan-angan mahu berniaga dengan 1 klien besar adalah amat tidak sihat.

Sebagai penerbit, apabila daripada RM10 juta nilai jualan buku-buku saudara, 20% (RM2 juta) datang daripada sebuah rangkaian kedai buku, bagi orang biasa, ini angka yang bagus, maka patut bersyukur.

Fenomena ini sedang berlaku pada PTS. Statistik jualan PTS menunjukkan sebuah rangkaian kedai buku begitu berjaya mempromosi judul-judul PTS sehingga peratusan jualan PTS kepada rangkaian itu semakin naik setiap bulan, daripada 5% naik 10%, naik 15% dan sekarang sudah 20%.

Bagi orang bisnes yang rasional, angka ini tidak sihat kerana jika ada apa-apa berlaku kepada rangkaian kedai buku itu, bermakna ikan akan tarik pengail masuk ke dalam sungai!

Dalam pengurusan risikonya, PTS mahukan rangkaian itu semakin hari semakin meningkatkan jualan judul-judul PTS, daripada RM0.5 juta, ke RM1 juta, ke RM1.5 juta dan sekarang RM2 juta, ke RM3 juta. Tetapi kita tidak mahu peratusannya naik lebih tinggi daripada 10% daripada jumlah seluruh jualan PTS.

Ini dapat dielakkan apabila kedai-kedai buku lain juga berjaya meningkatkan jualan judul-judul PTS. Justeru PTS perlu membantu kedai-kedai lain meningkatkan jualan judul-judul PTS.

Pada saat ini pengurusan PTS sedang mengkaji kedai-kedai buku mana yang patut dibantu supaya ia dapat berkembang, dengan itu dapat dikurangi risiko adanya seekor ikan besar yang dapat menarik pengail masuk ke dalam sungai.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengurusan Syarikat
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Mencari di Manakah Hero-Heroin Dewa-Dewi Suci dalam Novel Cinta Melayu Previous entry: Mudahnya Berniaga dengan Rangkaian Kedai Buku Elit
sab2  on  08/23  at  01:20 AM

Puan Sifu,
assalamu’alaikum.

...strategi PTS itu pastinya suatu pengurusan risiko yang bijak.

Senario “seekor ikan besar yang dapat menarik pengail masuk ke dalam sungai” dapat dielakkan…
Apabila pengail (dengan bot injin sangkutnya?) sedar kailnya tersangkut ikan besar itu mencari peralatan tambahan, di antaranya:

1. tukar bot sangkut kepada “kapal” (sesuai dengan saiz ikan itu);
2. kenali lanjut ikan besar itu - dari lautan (atau lubuk) mana asal usulnya, kegemaran makanannya, ikan-ikan besar lain yang berenang disisinya dan seterusnya;
3. kenali pengail-pengail lain yang juga tersangkut atau yang telah menjejaki ikan besar yang sama; DAN
4. yang pastinya PENGAIL perlu BERSIFAT NELAYAN LAUT DALAM!

Tentu sekali strategi-strategi itu telah diamalkan PTS!
——-

xara  on  08/23  at  04:11 AM

Assalamualaikum sifu,

Pengalaman syarikat tempat saya bekerja. Lebih baik melayan klien yang memberi projek bernilai RM 500K berbanding klien RM 2 Juta. Karenahnya menyakitkan kepala. Langsung tidak mahu bertolak ansur. Semuanya mesti ikut kehendak mereka, hingga perkara remeh-temeh pun disuruh tukar berkali-kali, sampaikan ramai pekerja berhenti, kerana sakit hati dengan klien yang satu itu.

Barangkali itulah maksud puan, ikan besar yang menarik pengail masuk ke dalam sungai.

Norlela Zubir  on  08/23  at  05:53 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,
Central Contract atau Kontrak Pusat (dengan Kementerian Kewangan) adalah antara contoh ‘ikan besar’.

Bagi pembekal-pembekal Bumiputera yang berjaya mendapat Kontrak Pusat dengan Kerajaan, seronoknya bukan kepalang kerana jualan bernilai jutaan RM terjamin sepanjang tempoh kontrak (2-4-6-8 tahun). Namun apabila kontrak tidak disambung semula, jualan jatuh merudum.

Budaya Central Contract bisanya membuat pembekal-pembekal Bumiputera duduk di zon selesa. Memang banyak buruk daripada baiknya.

Fable Fox  on  08/23  at  10:31 AM

Begitu juga dengan penulisan, jangan cukup dengan satu penerbit sahaja. Satu tutup, terus tamat sumber royalti…

grin

Entahlan sifu setuju atau tidak dengan pandangan ini grin

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.