Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 10): Apabila Semua Cerita dan Kulit Sudah Cantik
Semasa PTS mula-mula menerokai pasaran novel remaja, padang pasaran masih kosong, belum ada persaingan.
Dalam keadaan padang kosong, semua judul yang diperkenalkan dapat dijual dengan mudahnya. Cerita biasa-biasa pun, apabila diberikan desain cover yang cantik, buku-buku itu laku macam goreng pisang panas.
Jadi, faktor desain kaver yang cantik menjadi faktor yang sangat penting bagi menjual novel remaja.
Pada hari ini pasaran novel remaja semakin matang. Pilihan semakin banyak.
Hari ini pasaran novel remaja sudah sesak. Pemain semakin banyak. Penerbit semakin banyak. Penulis semakin banyak. Desainer kulit semakin banyak. Jumlah judul baru setiap bulan semakin banyak.
Sepuluh tahun dahulu hanya buku-buku PTS yang cantik-cantik covernya. Buku-buku PTS menjadi pilihan disebabkan covernya cantik-cantik dan ceritanya lain daripada yang lain.
Survei di kedai-kedai buku yang kita jalankan menunjukkan pada masa sekarang semua penerbit novel remaja sudah mampu menerbitkan buku remaja dengan cover yang cantik-cantik. Malah cerita-cerita mereka juga sama baiknya dengan cerita-cerita dalam buku-buku PTS.
Persaingan yang sedang berlaku dalam pasaran sekarang adalah persaingan yang positif. Kualiti buku Melayu semakin tinggi. Ini menguntungkan pembeli dan pembaca buku-buku Melayu.
Namun kesannya kepada jualan novel-novel remaja PTS memang terasa. Kalau sebelum ini semua novel remaja PTS laju terjual, keadaan sudah tidak begitu lagi pada hari ini. Kecuali bagi nama-nama beberapa pengarang terkenal, semakin hari jualan novel-novel remaja PTS semakin perlahan.
Cover yang cantik tidak lagi dapat dijadikan USP PTS, kerana cover penerbit lain pun sudah cantik-cantik belaka.
Cerita yang sedap tidak lagi dapat dijadikan USP PTS, kerana cerita dalam novel-novel penerbit lain pun tidak kalah sedapnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Akhirnya jenama juga yang memberikan kelebihan.
Semoga sukses selalu
maju teruss,,,jangan patah semangat
Post a comment