Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 11) - Apa Lagi USP PTS?
USP (unique selling point) adalah faktor penting dalam pemasaran dan jualan produk konsumer. USP menyebabkan pembeli tahu bahawa sesuatu produk itu tidak serupa dengan produk-produk lain yang ada tersusun di rak kedai.
Perkembangan terbaru dalam pasaran novel remaja menyebabkan buku-buku remaja terbitan PTS kehilangan 3 USP tradisionalnya:
1. Cover yang cantik
2. Cerita yang sedap
3. Cerita yang syariah-compliant
Novel remaja terbitan syarikat-syarikat lain sudah cantik-cantik, manakala ceritanya sudah menepati citarasa pembaca remaja. Survei yang kita jalankan mendapati banyak pembeli buku sudah tidak dapat membezakan antara cover novel remaja PTS dan cover remaja penerbit-penerbit lain.
Salah satu faktor yang menyebabkan PTS kehilangan USP covernya yang cantik adalah penerbit-penerbit lain juga menggunakan perkhidmatan desainer-desainer cover PTS.
Manakala faktor cerita yang sedap dan syariah-compliant juga sudah bukan lagi menjadi ciri novel-novel PTS sahaja. Penerbit-penerbit lain juga menerbitkan novel yang sedap dan syariah-compliant.
Jabatan pemasaran PTS tidak dapat lagi menggunakan skrip USP yang berbunyi: "Belilah novel-novel remaja PTS kerana buku-buku PTS cantik, ceritanya menarik, dan isi kandungannya mematuhi syariah."
Dahulu, ya, skrip itu benar. Sekarang, tidak lagi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment