Tuesday, July 26, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 3) - Jumlah Rak Novel Remaja di Dalam Kedai Buku

Maklumat yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS menunjukkan, pada masa ini tiap-tiap bulan kedai-kedai buku utama menerima antara 10 - 15 judul baru bagi kategori buku-buku bacaan remaja awal dan remaja.

Bekalan judul yang banyak itu adalah disebabkan banyak penerbit mula memasuki pasaran remaja.

Bekalan berlebihan ini menyebabkan kedai-kedai buku tidak mempunyai ruang yang cukup bagi mempamerkan semua judul yang diterimanya.

Apabila terlalu banyak judul dibekalkan, kedai tidak dapat menerima semua judul. Mereka akan memilih-milih, kerana ruang kedai buku tidak bertambah, yakni kedai buku tidak bertambah luas. Jumlah rak-rak di dalam kedai buku pun tidak bertambah. Namun judul yang dibekalkan semakin bulan semakin bertambah.

Pengurusan kedai buku mempunyai 3 pilihan:

(1) Kosongkan rak buku-buku lain.

Ini bermakna berikan ruang buku lain yang sudah dikosongkan itu kepada buku remaja. Sebagai contoh, kosongkan rak novel cinta Islami, dan pulangkan buku-buku itu kepada penerbit.

Jika ini dilakukan oleh kedai buku, penerbit novel cinta Islami akan rugi.

(2) Ambil buku-buku oleh penulis remaja yang sudah terkenal sahaja.

Buku-buku penulis yang sudah terkenal memang lebih laku kerana mereka mempunyai peminat tegar. Ini bermakna buku oleh penulis-penulis baru tidak akan diambil oleh kedai buku.

Jika ini berlaku, penerbit yang tidak mempunyai nama besar akan rugi.

(3) Singkatkan tempoh pempameran buku.

Ini bermakna kalau biasanya buku dipamerkan selama 2 bulan sebelum dipulangkan kepada penerbit, sekarang selepas 30 hari kalau buku tidak laku maka ia akan dipulangkan. Ini supaya ruang itu dapat diisi dengan buku yang baru sampai.

Jika ini berlaku, semua penerbit rugi.

Nota: Kedai buku bukan setor buku-buku tidak laku. Kedai hanya mahukan buku-buku yang laku sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 4) - Siapa yang Berebut Duit Saku Sekolah Remaja? Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 2) - Berapa Banyak Pembeli Buku Remaja?
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/27  at  02:20 AM

Salam puan,

Cadangan keempat, adakan minggu promosi buku-buku remaja terutamanya pada musim cuti sekolah.Pada masa ini kedai-kedai buku perlu adakan jualan untuk buku-buku remaja dan menambah rak-rak buku remaja di kedainya. Apabila musim ini berakhir, maka kurangkan semula rak ini dan promosi pula rak genre lain contohnya novel islami dll.Dalam setahun ada 3x cuti,penggal 1, 2 dan 3 serta cuti perayaan yang panjang.Juga kita perlu promosi buku sebagai hadiah hari lahir, hadiah kecemerlangan di sekolah dll.

Mungkin juga pada setiap bulan perlu diadakan promosi buku ikut genre dan juga peraduan ataupun hadiah bagi pembeli terbaik (terbanyak).

Sekian,
Nor.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.