Sunday, July 24, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 1) - Memupuk dan Mengurus Penulis Berpotensi

Alam remaja terus berubah. Gaya hidup remaja juga terus berubah. Usia penulis muda akhirnya tetap akan bertambah tua.

Selama manakah penulis novel-novel remaja yang popular hari ini dapat terus mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku dalam alam remaja, sedangkan usia mereka semakin hari semakin jauh daripada dunia remaja.

Pertambahan usia penulis menyebabkan berlakunya perbezaan pada citarasa, gaya bahasa, emosi, psikologi dan rohani penulis. Fokus hidup mereka juga berubah. Kalau semasa mereka mula menulis dahulu mereka belum berkahwin, kemudian mereka akan berkahwin, mempunyai anak-anak dan seterusnya....

Novelis Ezee Rahmani adalah contoh yang baik. Beliau popular dengan siri "Sarah". Namun akhir-akhir ini beliau lebih banyak menulis buku-buku bertemakan kerohanian, sesuai dengan perkembangan riwayat hidupnya sendiri.

Penerbit novel remaja perlu terus menerbitkan novel-novel remaja yang 'hit' dalam pasaran. Ini bermakna mereka mesti mencari bakat-bakat baru, dan memupuk bakat-bakat itu.

Tidak ada buku panduan yang memberikan formula ciri-ciri penulis bakat baru yang menjanjikan karya mereka meletup-letup dalam pasaran.

Pada waktu yang sama editor tidak mahu tersalah memilih calon bakat baru, sebab jika tersalah pilih buku penulis baru itu nanti tidak laku dijual dan tersadai dalam setor, akhirnya terpaksa dijual kepada pembeli kertas buruk.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 2) - Berapa Banyak Pembeli Buku Remaja? Previous entry: Pasaran Buku Motivasi dan Peranan Penerbit Membantu Bisnes Kedai Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.