Wednesday, July 27, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 4) - Siapa yang Berebut Duit Saku Sekolah Remaja?

Novel remaja dibeli oleh remaja menggunakan wang saku sekolah mereka. Ini bermakna, keupayaan daya beli remaja sangat terbatas.

Manakala duit saku mereka sedikit, banyak pihak mahu mengambil wang saku mereka.

Menurut Tn. Syaizul Amal, Pengurus AinMaisarah, pesaing novel remaja yang utama bukanlah sesama penerbit novel remaja, tetapi adalah syarikat talian telefon, iaitu Maxis, TM dan Digi. Pada masa ini top-up pre-paid boleh dibeli serendah RM1 ringgit, bagi memastikan mereka yang dapat semua wang saku remaja!

Inilah faktor yang menyebabkan hanya remaja yang betul-betul minat membaca sahaja yang sanggup mengumpulkan wang saku mereka bagi membeli buku.

Dengan (a) jumlah peminat tegar novel remaja sekitar 15 ribu orang sahaja, dan (d) dengan duit saku mereka yang sangat terhad, maka persaingan sesama penulis dan penerbit menjadi sangat ketara.

Tiap-tiap bulan kedai buku menerima antara 10 - 15 judul baru untuk bacaan remaja, tetapi remaja hanya mempunyai wang membeli 1 ataupun 2 buku sahaja.

Senario ini menyebabkan risiko menerbitkan buku oleh penulis-penulis baru menjadi sangat tinggi kerana nama mereka tidak mempunyai peminat tegar, apatah lagi apabila penulis baru itu hanya meniru-niru produk penulis-penulis yang terkenal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 5) - Citarasa Remaja Semakin Matang Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 3) - Jumlah Rak Novel Remaja di Dalam Kedai Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.