Thursday, July 28, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 5) - Citarasa Remaja Semakin Matang

Salah satu trend terbaru dalam jualan novel-novel remaja adalah semakin banyak judul baru novel remaja diterbitkan, semakin banyak buku yang dipulangkan oleh kedai buku kepada penerbit disebabkan tidak laku.

Salah satu punca buku-buku itu tidak laku adalah disebabkan citarasa pembaca novel remaja dalam Bahasa Melayu sudah matang. Ini kerana penerbit novel-novel remaja telah berjaya meningkatkan citarasa remaja.

Sewaktu pasaran mula-mula dibuka 10 tahun dahulu, novel remaja tidak ada di dalam kedai-kedai buku, remaja tidak mempunyai banyak pilihan, oleh itu semua judul yang diterbitkan dapat dijual.

Keadaan sudah sangat berbeza sekarang. Pasaran sedang menyaksikan lambakan novel-novel remaja. Ini bermakna pilihan sudah banyak.

Pembaca novel remaja dalam Bahasa Melayu pernah membaca cerita-cerita yang bermutu rendah, dan kemudian mereka membaca novel-novel AinMaisarah, Farihah Iskandar, Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Aizam Aiman, Kusyi Hirdan yang memberikan cerita-cerita yang sedap sehingga menjadi kegilaan. Selepas ini mereka tidak mahu membaca cerita-cerita biasa lagi.

Bagi penulis-penulis baru, isu kematangan pembaca remaja adalah isu yang waajib ddiberi perhatian serius. Jika mereka mahu manuskrip mereka diterima oleh penerbit, mereka perlu menghasilkan cerita-cerita yang lebih sedap dibaca.

AinMaisarah, Farihah Iskandar, Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Aizam Aiman dan Kusyi Hirdan masih terus aktif berkarya. Mereka sekarang menguasai porsi besar pasaran novel remaja. Tiap-tiap bulan sekurang-kurangnya ada sebuah buku terbaru dari salah seorang daripada mereka yang diterbitkan.

Dengan wang RM20 ringgit dalam tangan, remaja pergi ke kedai buku dan harus memilih 1 novel sahaja! Di hadapan mata mereka ada berpuluh-puluh novel, mereka tidak mahu tersilap memilih novel mana yang mahu dibeli.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kesan Inflasi Harga Barang: Jualan Novel Dewasa Terpukul Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 4) - Siapa yang Berebut Duit Saku Sekolah Remaja?

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.