Sunday, July 31, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 6) - Pembaca Matang Membeli Ilustrasi Bermutu Seni

Sepuluh tahun yang lalu, penerbit buku-buku bacaan remaja dalam Bahasa Melayu tidak mengambil perhatian serius pada kualiti ilustrasi buku-buku yang mereka terbitkan.

Dulu-dulu penerbit tidak sanggup mencari ilustrator yang berbakat. Mereka main tangkap muat sahaja. Mereka mahukan pelukis yang paling murah bayarannya.

Pada masa itu semua buku Melayu tidak mementingkan kualiti ilustrasi, jadi apa-apa buku yang diterbitkan dapat dijual.

Tetapi keadaan sudah jauh berubah. Kesedaran tentang peri pentingnya buku remaja diberi ilustrasi yang bermutu seni mendorong editor buku-buku remaja berusaha mendapatkan ilustrator yang memiliki bakat seni yang tinggi.

Penerbit juga mula memberikan layanan yang lebih adil kepada ilustrator dengan memberikan mereka pilihan sama ada mahu menjual karya mereka ataupun menyimpan harta intelek mereka itu.

Perkembangan semasa menyebabkan buku-buku bacaan remaja dalam Bahasa Melayu semakin cantik.  Kalau hanya cerita dalam buku itu yang sedap tetapi ilustrasinya tidak bermutu seni, buku itu sukar dijual.

Pembaca remaja hari ini sudah dapat membezakan buku yang cantik dan buku yang kurang cantik. Citarasa remaja hari ini semakin hari matang dan semakin kompleks.

NOTA: Lukisan adalah penampilan karekter Bettylina, salah seorang watak utama dalam novel AinMaisarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul yang Dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi Pembelian 2011 Previous entry: Kesan Inflasi Harga Barang: Jualan Novel Dewasa Terpukul

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.