Wednesday, August 10, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 8) - Berapa Nama Baru Patut Diperkenalkan

Dalam situasi sekarang, di mana sudah berlaku lambakan novel remaja di dalam kedai-kedai buku, penerbit akan sangat memilih-milih bakat baru yang mereka mahu perkenalkan.

Penerbit akan menghadkan jumlah nama baru yang mereka berani perkenalkan kepada 1 ataupun 2 nama sahaja setahun kerana:

1. Ratu-ratu novel remaja yang sedia ada masih terus berkarya.

Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Aizam Aiman dan lain-lain nama besar yang mendominasi pasaran sekarang masih aktif berkarya. Mutu karya mereka bertambah baik kerana mereka mahu menjaga jualan karya mereka.

Penerbit pula akan menjaga kesetiaan pembeli dengan memastikan peminat ratu-ratu itu akan terus dapat menikmati karya-karya terbaru penulis-penulis pujaan mereka.

Disebabkan mereka sudah mempunyai 'fan base' yang besar, karya mereka tidak berisiko tidak laku dijual, tidak sebagaimana halnya dengan buku penulis baru.

2. Penulis baru adalah risiko kepada penerbit.

Pasaran mahukan nama-nama baru, jadi penerbit akan cuba mencari bakat baru yang dapat menghasilkan keuntungan besar kepada penerbit. Penerbit terpaksa mengurus setiap risiko yang diambil.  Jadi mereka akan menyaring dengan ketat bakat baru yang mahu ditampilkan.

3. Pasaran novel remaja tidak berkembang.

Saiz pasaran novel remaja yang kecil adalah ibarat akuarium kecil. Hanya beberapa ekor ikan sahaja yang dapat hidup dalam akuarium itu.

Demikianlah halnya dengan pasaran novel remaja yang kecil. Jumlah remaja yang membeli buku tidak banyak, manakala duit saku sekolah mereka sangat sedikit. Walaupun mereka mahu membaca lebih banyak novel, namun mereka hanya mampu membeli 1 ataupun 2 judul sahaja sebulan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS akan Terus Mempromosi Buku-Bukunya kepada Pembeli Cina Previous entry: Buku-Buku PTS Sudah Mula Dijual di 27 Cawangan TESCO

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: