Monday, July 25, 2011

Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 2) - Berapa Banyak Pembeli Buku Remaja?

Berapa besar saiz pasaran buku-buku remaja dalam Bahasa Melayu? Yang dimaksudkan oleh istilah 'pasaran' adalah 'jumlah pembeli. Bukan jumlah pembaca.

Jumlah remaja Melayu banyak, malah berjuta-juta. Tetapi bukan semua remaja Melayu membaca buku. Daripada jumlah yang membaca buku pula, bukan semua membeli buku. Mereka membaca buku yang mereka pinjam daripada orang lain.

Siapakah yang membeli buku remaja?

Menurut Tuan Syaizul Amal, Pengurus AinMaisarah, di kalangan remaja hanya 'peminat tegar' sahaja membeli buku. Ini kerana remaja mempunyai banyak keinganan yang mahu dibeli, sedangkan duit poket mereka adalah sangat terhad.

Di kalangan remaja, jumlah peminat tegar buku adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah peminat biasa-biasa.

Kategori peminat tegar ini sangat penting peranannya dalam bisnes buku, kerana buku novel remaja hanya dibeli oleh peminat tegar. Yakni, hanya remaja yang betul-betul suka membaca sahaja yang membeli buku.

Isu kritikal yang sedang dihadapi oleh penerbit buku-buku remaja saat ini adalah saiz pasaran yang statik, yakni tidak berkembang. Maksudnya, jumlah peminat tegar buku di kalangan remaja tidak bertambah banyak.

Berdasarkan rekod jualan buku-buku remaja PTS, dianggarkan saiz pasaran novel remaja adalah 15 ribu sahaja. Ini bermakna setiap judul novel remaja tidak dapat dijual lebih daripada 15 ribu naskhah.

NOTA: Dalam industri muzik, sebagai contoh, berdasarkan jumlah albumnya yang terjual, dianggarkan peminat tegar Dato Siti Nurhaliza hanya sekitar 20 ribu sahaja, meskipun yang suka mendengar suaranya berjuta-juta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 3) - Jumlah Rak Novel Remaja di Dalam Kedai Buku Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 1) - Memupuk dan Mengurus Penulis Berpotensi

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.