Pesanan dari Chairman PTS: Tangguhkan Kepuasan
Apabila saudara menjadi penulis PTS, apabila buku saudara masih terus dicetak dan dijual, insya Allah, setiap tahun saudara akan menerima royalti dan honorarium.
Bagi penulis yang julung kali menerima cek royalti, saudara perlu belajar cara yang betul mengurus wang saudara, supaya hidup saudara menjadi tambah selesa dengan adanya rezeki tambahan itu.
Pertama-tama jangan gelap mata apabila menerima cek royalti.
Orang yang gelap mata apabila nampak duit tidak bertambah senang hidupnya walaupun pendapatannya bertambah. Malah semakin banyak wang masuk, semakin susah hidupnya, sebab semakin banyak hutangnya.
Banyak artis dunia hiburan menerima nasib di mana semakin mereka tua semakin susah hidup mereka.
Kaum penulis pun ada yang nasibnya begitu. Mereka tua dalam keadaan susah bukan kerana mereka tidak mempunyai wang. Mereka susah disebabkan mereka tidak mempunyai keupayaan menangguhkan kepuasan. Belum dapat wang, sudah ada rancangan apa yang mahu dibeli dengan wang yang belum ada itu!
Serupalah dengan sesetengah orang makan gaji. Bonus belum dapat, mereka sudah siapkan rancangan bagaimana bonus itu mahu dibelanjakan.
Belajar menangguhkan kepuasan. Jangan gelap mata apabila menerima cek royalti.
Keupayaan menangguhkan kepuasan adalah ciri individu yang semakin hari semakin berharta.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pesanan dari Chairman PTS. Tangguhkan kepuasan. Ya, ini adalah satu pesanan yang mesti diamalkan pada masa sekarang. Ianya tidak mengira siapa dan apa latar belakangnya. Bayangkan bila usia sudah senja dengan ketiadaan sebarang simpanan untk menampung kehiduapan harian. Sungguh menyedihkan. Pada waktu itu penyesalan tiada berguna lagi. Sudah terlambat. Oleh itu amalkan pesanan ini demi menjamin kehidupan yang selesa di hari tua nanti.
Post a comment