Wednesday, August 26, 2009

Meningkatkan Visibiliti Buku-buku Melayu: Saranan untuk ITNM dan DBP

Buku-buku Melayu mesti memiliki ciri visibiliti, yakni ada dipamerkan di mana-mana, supaya orang ramai selalu ternampak buku-buku Melayu. Lebih penting adalah supaya orang bukan Melayu pun selalu ternampak buku Melayu ada di sana-sini. Dengan itu imej buku Melayu menjadi amat positif.

Inilah perang psikologi dalam dunia pemasaran. Semua penerbit buku Melayu mesti bekerjasama bagi memenangi perang psikologi ini. Buku Melayu mesti visibel. Produk Melayu mesti visibel. Inilah perang psikologi yang mesti dimenangi oleh buku-buku Melayu.

Sehingga 7 tahun yang lalu, buku-buku Melayu tidak visibel dalam kedai-kedai buku elit, hanya visibel dalam kedai-kedai buku kecil-kecilan. Akibatnya orang ramai mendapat gambaran buku Melayu tidak ada, buku Melayu adalah buku murahan, buku kampungan, buku orang tidak berduit....

Pada saat ini buku-buku Melayu sudah visibel dalam kedai-kedai buku elit. Kedai-kedai seperti MPH, Kinokunia, Popular, Borders, Times, semuanya didatangi oleh orang-orang bukan Melayu. Sekarang baru mereka nampak bahawa ada banyak buku-buku Melayu yang cantik-cantik wajahnya dan bagus-bagus isinya.

Syarat buku-buku menjadi visibel adalah kuantiti buku. Apabila sesebuah penerbit itu mempamerkan banyak judul, barulah mata pengunjung kedai perasan kehadiran buku-buku penerbit itu. Jika tidak banyak, buku-buku itu akan duduk terselit-selit di antara buku-buku penerbit lain, dan orang tidak perasan.

Dua buah penerbit Melayu yang sangat penting peranannya adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Insitut Terjemahan Negara (ITNM). Dua buah organisasi ini mesti menjadikan buku-buku terbitannya sangat visibel dalam kedai-kedai buku elit.

Maksudnya, DBP dan ITNM mesti menyumbatkan sebanyak-banyak bukunya ke dalam kedai-kedai buku, supaya pengurusan kedai memberikan rak-rak khusus bagi buku masing-masing, dan rak-rak itu diletakkan di hadapan pintu masuk kedai. Barulah buku-buku DBP dan ITNM benar-benar visibel.

Banyak pengurusan kedai buku menyewakan ruang dalam kedai mereka kepada penerbit. ITNM dan DBP mampu menyewa ruang dalam kedai-kedai buku yang utama. Pilih beberapa buah kedai buku utama dan sewalah ruang di hadapan pintu masuk bagi mempamerkan judul-judul terbaik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku YM Dr. Tengku Asmadi Menang Tempat Pertama Previous entry: Terbaru dari Ezee Rahmani untuk Peminatnya: "Sarah dan Senduk"
anuar manshor  on  08/26  at  11:46 PM

Terima kasih atas saranan bernas puan. Buat masa ini, rak khas buku ITNM sudah berada betul-betul di hadapan pintu masuk MPH Midvalley (hadapan bookcafe), begitu juga di Alamanda. ITNM akan meningkatkan lagi promosi buku di kedai-kedai buku elit, begitu juga di kedai buku indie.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: