Friday, December 07, 2007

Menjadi Pengarang Selebriti: Pro dan Kontra

Peluang menjadi pengarang selebriti adalah amat istimewa, apatah lagi bagi pengarang non-fiksyen, seperti yang sedang dialami oleh pengarang buku "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman". Sebagai pengarang berstatus selebriti, beliau banyak ditemui wartawan majalah, akhbar, radio dan televisyen, dan ini amat bagus bagi mempromosi karya itu.

Sebagai pengarang, saudara dapat memilih antara:

(1) Diri pengarang itu lebih terkenal daripada karyanya.

Nama dan wajah pengarang selalu muncul dalam media, khususnya TV, sebagai panel forum dan lain-lain, oleh itu dia terkenal. Contoh personaliti kategori ini adalah Dato' Johan Jaafar. 

Walaupun dia sudah menulis buku, tetapi orang tidak kenal bukunya, kerana apabila dia muncul dalam media, bukunya tidak dipercakapkan, sebaliknya dia bercakap hal-hal lain yang tiada kait mengait dengan bukunya. Malah bukunya mungkin tidak dapat dibeli di kedai-kedai buku ternama.

Bagi penerbit buku, pengarang selebriti jenis ini tidak membawa keuntungan, sebab jualan bukunya tidak ikut naik dengan naiknya nama si pengarang. Pengarang juga rugi sebab dia tidak menerima royalti yang lebih tinggi sekiranya jualan bukunya naik. 

Menjadi pengarang kategori ini mempunyai risiko sosialnya sendiri, bukan hanya bagi dirinya, tetapi juga bagi diri pasangannya, anak-anaknya, dan kaum kerabatnya. Semua gerak-geri dan tingkah laku mereka diperhatikan orang.

(2) Karyanya terkenal, tetapi diri si pengarang tidak dikenali orang.

Sebagai contoh buku "Jangan Bersedih" amat terkenal, tetapi bagaimana rupa wajah pengarangnya, tidak ada orang di Malaysia yang tahu. Begitu juga buku "Bercakap dengan Jin" amat terkenal, tetapi hampir tidak ada sesiapa yang tahu siapa Tamar Jalis. Sehingga hari ini identiti beliau masih misteri.

Dalam kes ini, bukunya yang berjaya berstatus ala-selebriti, pengarangnya tidak. Penerbit suka pengarang kategori ini, sebab yang penting jualan buku-bukunya bagus.

Jika saudara memilih menjadi pengarang kategori ini, ia banyak manfaatnya. Pertama-tama kehidupan privat saudara tersimpan kemas. Saudara dapat hidup normal, macam orang lain. Pasangan dan anak-anak serta kaum kerabat saudara juga dapat hidup normal, macam orang lain.

Menjadi pengarang jenis ini adalah paling sukar dicapai. Bukan senang hendak melariskan jualan buku manakala pada waktu yang sama, pengarang tidak mahu berkenalan langsung dengan orang media. 

Pengarang yang bagaimanakah yang sesuai menjadi pengarang kategori ini? Jika saudara mempunyai "kecacatan sosial" maka saudara sebaiknya menjadi pengarang kategori ini.

Sebagai contoh, saudara mahu menulis buku bertemakan "keluarga bahagia" manakala saudara sendiri pernah bercerai, ataupun berkahwin dengan duda, ataupun saudara mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ataupun saudara sendiri masih belum berkahwin walaupun usia sudah lebih 30 tahun. Apabila kecacatan sosial seperti itu diketahui umum, ia menjatuhkan kredibiliti saudara mahupun kredibiliti buku saudara.

Justeru, saudara boleh menulis buku-buku bertemakan "keluarga bahagia" tetapi gunakan nama samaran, dan hindari media. Pilih nama samaran manusia biasa seperti "Normin Abdullah" ataupun "Herman Abdullah". Jangan gunakan nama samaran bukan manusia seperti "Jiwa Romantis" ataupun "Melor Di Rimba". 

(3) Pengarangnya terkenal dan buku-bukunya juga terkenal.

Contoh pengarang kategori ini adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato' Dr. Harun Din. Jika saudara menulis buku-buku yang temanya tidak dapat dikaitkan dengan diri saudara ataupun alam kehidupan peribadi, saudara patut menjadi pengarang kategori ini.

Apabila saudara memilih mahu menjadi pengarang terkenal, jangan bercakap dengan media tentang kehidupan peribadi saudara. Jangan pamerkan siapa pasangan hidup saudara, ataupun siapa anak-anak saudara.

Saudara satu orang sahaja yang ke hadapan. Yang lain jangan, supaya orang tidak tahu mereka, dan dengan itu mereka dilindungi daripada risiko sosial akibat mempunyai suami, ataupun isteri, ataupun ayah, ataupun ibu yang menjadi selebriti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Manfaatnya Bagi Nama Besar Menulis Novel Remaja Previous entry: Peminat Abdul Hadi Awang Tidak Puas Hati
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  10:20 PM

Berpoligami itu suatu bentuk kecacatan sosial ke Puan?

rastom  on  12/07  at  11:11 PM

Juwaini,
Soalan begitu jangan ditanya kepada yang “Puan”, tanya lah kepada yang “Tuan” saja. Cacat yang membahagiakan heheuheuheu!

SifuPTS  on  12/08  at  05:47 AM

Tuan Juwaini,

Betul kata Tuanku Rastom itu.

Jika ditanyakan kepada “puan” tentulah aktiviti berpoligami itu suatu kecacatan sosial. Di mata “puan-puan”, lelaki yang berpoligami itu “cacat” kerana:

(1) Tidak pandai memilih perempuan yang tepat bagi dirinya, maka dia dahulu terpilih perempuan yang tidak “cukup elok spesifikasinya teknikal dan non-teknikalnya”. Sebelum kahwin, OK. Baru kahwin pun OK. Tetapi sudah lama kahwin, kurang OK.

(2) Dia lelaki yang tidak pandai menjadikan perempuan pilihannya seorang pasangan yang dapat memenuhi pelbagai kemahuannya (yang berubah mengikut peredaran usia dan perubahan saiz poketnya).

(3) Dia mempunyai “flaw” pada karekternya apabila mengalah kepada dorongan mahu beristeri lagi.

Itu adalah persepsi “puan-puan”.

Bagi kaum “tuan-tuan”.... lelaki yang takut berpoligami itulah yang “cacat”!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: