Monday, June 25, 2007

Menjadi Trainer: Nota untuk Cik Fifi

Cik Fifi bertanya, semasa dalam sesi training, apakah beliau harus (a) menggunakan nota power-point dalam bahasa Inggeris, dan (b) bercakap campur-campur bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, bagi menunjukkan beliau pandai bercakap dalam dua bahasa itu.

Apabila trainer masuk bilik training, matlamatnya adalah memuaskan hati peserta program trainingnya, yakni memuaskan hati pelanggan.

Adakah dengan menunjuk-nunjuk kita ini orang yang pandai berbahasa Inggeris peserta kursus akan jadi amat puas hati, ataupun tidak puas hati, tentang kualiti training yang mereka terima dalam sesi itu?

Lebih awal, kita sudah berjanji kepada pelanggan bahawa kita akan train ini, ini, dan ini. Itu janji kita, yang kita tuliskan dalam hitam-putih pada brosur training.

Anak panah trainer mesti betul. Apa yang kita cakapkan mesti memuaskan hati peserta. Nanti mereka akan minta kita sambung training lagi.

Objektif kita adalah train, train, train.

Apa perkaitan antara menunjuk-nunjuk kita pandai cakap campur-campur Inggeris-Melayu dengan kualiti training yang disampaikan, dengan objektif memuaskan hati peserta dan dengan menepati janji kita... ayuhai Cik Fifi!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nota untuk Penulis-Trainer PTS: Orang Melayu Tidak Suka 'saya' Previous entry: Mencari Idea bagi Fiksyen Sains
MBA  on  06/25  at  12:03 PM

Saya sangat setuju dengan Pn. Sifu.

Pernah seorang motivator memberi bengkel motivasi di pejabat saya dengan kos RM45,000 (30 orang bagi 3 hari 2 malam), bercakap bahasa Inggeris dan menggunakan nota Inggeris. Tidak ada salahnya, kecuali sebahagian besar daripada peserta tidak faham apa yang disampaikan.

Memandangkan dia adalah orang Melayu dan saya adalah pegawai yang paling kanan di sesi tersebut, saya memberi kata dua kepada dia: “Sila bercakap Melayu atau kita tamatkan sesi ini sekarang juga.” Boleh pula dia berbahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, dia telah menunjukkan kebodohannya yang tidak bertempat dalam berInggeris wink

Tuan MBA,

Sungguh bodoh motivator itu. Lebih bodoh lagi yang membayar yuran RM45,00 itu! Jangan marah… nanti kena jual…
——-

Fifi  on  06/25  at  01:23 PM

Ayuhai bondaku Pn. Sifu…

Terima kasih! Terima kasih!

Anakanda tertunggu-tunggu jawapan dari bonda… Dari siang tadi tidak senang duduk. Tidak kuasa rasanya hendak menukar powerpoint yang sudah dibuat.

Geram betul dengan arahan trainer consultant itu. Selepas ini bolehlah anakanda tempelak mereka menggunakan jawapan bonda! har har har… =D

Target semakin jelas sekarang! Anak panah sudah di busur! Bila sudah dilepaskan dan mengena mereka, Hah, inilah dia mentee Sifu PTS Pn. Ainon Mohd! =)

Kang  on  06/25  at  01:24 PM

Ini Fifi mana ini? Agaknya dia hendak belajar training sebab hendak digunakan dalam aktiviti MLM dia. Fifi yang itu ada di syarikat MLM bernama Rafa di Petaling Jaya.

Bener! Bener!

Fifi  on  06/25  at  01:41 PM

Wah…siap di’promote’ pula…Terima kasih! Teruskan memberi sokongan! wink

Zamri Mohamad  on  06/25  at  02:03 PM

Hehehe sampai sekarang cakap dengan bos cakap Inggeris, tetapi apabila beliau bercakap dengan orang lain, digunakannya Bahasa Melayu. Kalau lebih rapat lagi, bahasa Siam.

Bos, kenapa diriku diseksa begini. Huhuhu.

Supaya saudara cepat menjadi bos kepada diri sendiri….

MBA  on  06/25  at  02:28 PM

Sifu;

Nasib baiklah bukan saya yang membodohkan diri dan bersekongkol menghabiskan duit rakyat dengan membayar wang tersebut.

Saya hanya dijemput merasmikan majlis (tapi dikira bersubhat jugalah).  :-(

Ya! Ya! Tuan bersubahat! (sambil ketawa nih!)

Zamri Mohamad  on  06/25  at  02:40 PM

Tuan MBA,

Tersohor sangatkah pakar motivasi itu sehinggakan caj sebegitu tinggi.

Ada satu kisah benar, ada insan ini gatal-gatal tangan menulis di ruang komen pakar motivasi bertanyakan sama ada ada program komuniti untuk mereka yang ingin mendengar motivasi daripada beliau. Cadangnya mungkin untuk anak yatim dan ibu tunggal dengan kerjasama persatuan pelajar universiti.

Apakah jawapannya?

Entri komen tersebut dipadam.

Zamri Mohamad  on  06/25  at  02:43 PM

Disebabkan insan ini sahabat saya dan ada beberapa orang lagi yang gatal tangan seperti beliau, maka cerita ini adalah sahih jiddan (sangat sah) lain kali kita boleh uji pakar motivasi dengan menghantar surat gatal tangan seperti ini. Apakah jawapan mereka disitulah topeng wajah mereka.

Salah satu ciri orang yang banyak duit adalah mereka mempunyai charity kesayangan. Bukan sebab mereka semestinya mencari pahala, tetapi mereka menjadikan charity itu talking-point dalam perbualan sesama orang berduit.

Jadi, kalau pakar motivasi itu belum mempunyai charity kesayangan, dia belum banyak duit kot…

Ini saya hendak cerita sedikit tentang charity kesayangan saya untuk Orang Melayu di Kemboja. Sahabat saya di Kemboja, Ustaz Abdul Kadir Yacob, sedang membaiki bangsal-bangsal tempat budak-budak belajar mengaji. Sekarang ini bangsal-bangsal itu lantai tanah sahaja. Kita hendak sapu simen. Sesiapa yang hendak tumpangkan zakat, hubungi saya. Orang Melayu di sana amat dhoif, jadi tidak ada rumah persendirian yang muat buat tempat budak-budak duduk mengaji ramai-ramai. Itu sebab kena mengaji di bangsal.

Zamri Mohamad  on  06/25  at  02:44 PM

Puan disitulah atau di situlah? Saya keliru kerana tambahan lah.

Di situlah (BETUL)
Datang bengkel tatabahasa!

MBA  on  06/25  at  09:45 PM

Sdr Zamri;

Beliau tidak terkenal langsung, tetapi beliau telah menggunakan “Blue Ocean Strategy (BOS)” untuk mendapatkan projek. Saya tidak kisahkan BOS itu, bagus, tetapi hasil selepas program beliau adalah memporak-purandakan lagi kumpulan yang hadir yang sepatutnya membina pasukan. Saya fikir ini juga adalah satu lagi strategi mereka :-(

porak-puranda (SALAH) = porak peranda (BETUL)

Tuan MBA,

Ampun tuan hamba, harap diampun. Pacal hendak memberitahu bahawa tugas membina pasukan adalah tugas ketua, bukan tugas motivator. Setiap ketua jabatan bertugas membina pasukannya masing-masing.

Sesi team-building sesuai dibuat dengan bantuan pakar apabila ketua itu baru dilantik, ataupun ketua itu didatangkan dari luar, jadi beliau belum kenal orang-orang bawahannya.

Abu Marwan  on  06/26  at  12:13 AM

Puan,

Ini kisah sebuah syarikat training consultant yang mendapat projek training besar. Syarikat ini melatih sekumpulan ustaz untuk menjadi trainer bagi satu program latihan untuk anak-anak penerima zakat di sebuah negeri yang penuh belas ehsan.

Ustaz-ustaz ini diwajibkan menggunakan 100% modul yang disusun oleh konsultan itu. Ustaz-ustaz ini tidak dibenarkan menokok tambah atau mengubah modul ‘keramat’ itu.

Modul itu adalah cedokan bulat-bulat dari buku 7 Habits karangan Steven Covey.

Menariknya, ustaz-ustaz itu tidak pernah baca buku tersebut, kecuali seorang ustaz yang pernah hadir bengkel PTS. Maka peninglah kepala ustaz-ustaz tersebut hendak memahami modul tersebut.

Bagi ustaz yang kawan kita itu, dia pun pening kepala bagaimana hendak menggunakan modul itu untuk kanak-kanak sekolah rendah tanpa diubah suai!

Dia juga tidak dibenarkan menggunakan ilmunya untuk menambah input baru. Seperkara lagi, tidak pasti sama ada modul itu mendapat izin secara sah dari wakil konsultan Steven Covey di Malaysia.

Menurut ustaz itu juga, training tersebut telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu pada saat akhir.

Wallahu’alam.

Tuan Abu Marwan,

Lazimnya, projek-projek besar diperoleh dengan menggunakan tali politik. Di negeri yang banyak ehsan ini, tali politik memang kuat. Biasalah, kerja-kerja tidak diserahkan kepada yang pakar. Ibarat memberikan cincin kepada si kudung. Syarikat yang alamatnya kantin sekolah pun dapat projek training.

Pemain tali politik itu pandai dapatkan projek besar-besar, tetapi mereka tidak berupaya melaksanakan projek.

MBA  on  06/26  at  01:34 AM

Puan Sifu;

Di sini saya ingin berikan sedikit pendapatan kepada motivator atau team-builder. myJICA ada mendapat sedikit bajet untuk perkara tersebut. Sesiapa yang mempunyai kemahiran tersebut bolehlah hubungi saya untuk membuat urusniaga.

p.s saya sengaja gunakan perkataan porak-puranda sebab teringatkan rakan saya yang selalu gunakan perkataan keinderaan untuk kenderaan dan musti untuk mesti. Ha ha ha.

Puan Suraiya Beg adalah fasilitator team-building yang saya berani rekomen kepada Tuan MBA. HP beliau 019 342 1418. Sebut nama saya.

Abu Marwan  on  06/26  at  01:44 AM

Tuan MBA,

‘Training’ untuk MyJICA itu akan disampaikan dalam bahasa Melayu atau Inggeris atau Jepun? Sekiranya perlu kemahiran bahasa Jepun, maka akan bertambah peninglah cik Fifi kita sekiranya beliau ingin membuat urusniaga nanti…

cik Fifi (SALAH) = Cik Fifi (BETUL)

jOnOs  on  06/26  at  02:31 AM

Tabik! Sifu..
Tabik! Cik Fifi…

Teruskan perjuangan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.