Thursday, October 13, 2011

Menjadikan Novel Gedik Media Pendidikan Tauhid

Ain Maisarah adalah penulis novel remaja yang mempunyai identiti sebagai penulis kreatif-inovatif.

Karya terbaru Ain Maisarah yang bertajuk Aku Mahu Lawan Hantu adalah inovasi yang istimewa. Ini adalah novel remaja gedik yang pertama membawa mesej tauhid, khususnya berkenaan akidah.

Pasaran novel remaja gedik saat ini sedang mengalami fenomena lambakan, di mana antara 15 hingga 20 judul baru dibekalkan ke kedai-kedai buku oleh para penerbit. 

Salah satu ciri lambakan adalah produk-produk yang serupa, lebih kurang sama sahaja jalan cerita dan gaya bahasanya.

Penulis-penulis baru muncul membaca karya penulis-penulis senior dan meniru tema, jalan cerita serta gaya bahasa mereka. Karya Ain Maisarah dibeli, dibaca dan dibedah oleh penulis-penulis baru muncul, lalu mereka menulis novel-novel ala-ala Ain Maisarah.

Penerbit-penerbit baru pula meniru desain kulit penerbit yang dominan sehingga pembeli baru tidak dapat membezakan produk-produk penerbit itu. Inilah ciri utama pasaran komoditi.

Dalam keadaan begini, bagi mengekalkan survival, penulis senior tidak mempunyai pilihan lain selain menghasilkan inovasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sastera Kanak-Kanak Dwibahasa Previous entry: Strategi Meneroka Pasaran Remaja Awal Lelaki

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.