Tuesday, June 16, 2009

Menjual Buku Fiksyen Melayu kepada Cina

Majoriti generasi Cina yang mengikuti sekolah aliran kebangsaan amat fasih membaca dalam Bahasa Melayu. Tetapi mereka tidak ghairah membaca buku-buku Melayu.

Menurut pendapat Tuan Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Sales PTS, kategori buku yang sepatutnya paling mudah dapat dipasarkan kepada pasaran Cina tempatan adalah buku-buku fiksyen, yakni novel.

Dalam apa jua bahasa, dan di negara mana sahaja, sektor terbesar pasaran fiksyen adalah novel cinta. Demikian juga dalam bahasa Melayu. Namun remaja Cina tidak membeli dan membaca novel-novel cinta Melayu.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja perempuan Cina tidak membeli dan membaca novel-novel cinta popular Melayu? Dan, bagaimanakah dapat kita buka pasaran Cina tempatan?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Isu-isu Mengapa Buku Melayu Belum Dibaca oleh Kaum Cina Previous entry: Rahsia Bagaimana Bangsa Jepun Yang Bodoh Bahasa Inggeris Melahirkan Banyak Pemenang Hadiah Nobel.
Mohd Riduan b Khairi  on  06/16  at  12:30 PM

Salam Sifu yang saya hormati,

Pendapat saya begini:

1. Novel-novel berbahasa Melayu sebelum ini banyak menggunakan Bahasa Melayu Rendah. Pelajar bukan Melayu belajar Bahasa Melayu Tinggi di sekolah. Oleh itu mereka sukar memahami maksud yang cuba disampaikan dalam novel-novel yang menggunakan BMR.

2. Kebanyakan novel-novel bahasa Melayu berkisar tentang orang Melayu sahaja. Tidak banyak isu dan senario orang bukan Melayu dipaparkan,

Zamri Mohamad  on  06/16  at  12:53 PM

Sasaran jumlah pengunjung berbangsa Cina ke Pesta Buku Antarabangsa sangat dipengaruhi oleh persepsi terhadap buku-buku yang ditawarkan kepada pengunjung.

Seorang rakan saya berbangsa Cina yang saya kenal sejak sekolah hanya datang ke PBAKL pada umur 28 tahun. Beliau berkata selama ini rakan-rakannya berkata, PBAKL hanya menawarkan buku pada orang Melayu, pilihan sedikit, dan tidak sebesar mana.

Tetapi disebabkan pada hari itu beliau tergerak ke sana, akhirnya beliau membeli banyak buku-buku dalam bahasa Melayu dalam pelbagai topik termasuk daripada penerbitan Hidayah sendiri.


Itu cerita persepsi terhadap PBAKL, bagaimana pula persepsi terhadap novel dalam bahasa Melayu?

——


Penerimaan novel Melayu boleh dikatakan semakin hari semakin mendapat respon positif. Dalam pengamatan secara rambang di Melaka misalnya keadaan ini dapat dikesan.

Ada staf-staf berbangsa Cina yang bertugas menjaga premis perniagaan mereka membaca novel dalam bahasa Melayu ketika menunggu pelanggan.

Contohnya di Giant, Melaka kerap saya melihat staf berbangsa cina yang menjual aiskrim di pintu masuk premis membaca novel Alaf dalam pelbagai tajuk ketika menunggu pelanggan.

—-

Meskipun media mengatakan adanya perpaduan kaum yang erat di kalangan Melayu, Cina dan India, didapati di peringkat sekolah, corak persepsi terhadap Melayu masih menebal.

Pada tahun 2001, saya diberitahu oleh para pelajar pra U berbangsa Cina, sikap Melayu yang sensistif terhadap isu agama dan bangsa menjadikan mereka sukar mengajukan soalan-soalan.

Mereka dianggap menyerang jiwa orang Melayu sendiri. Mereka menghormati sikap berprinsip tetapi apa yang menjauhi mereka adalah sikap latah tanpa rasional.

—-

Sikap latah tanpa rasional mempengaruhi cara ibu bapa mereka mendidik anak-anak. Masih ada lagi di Melaka, Merlimau, bandar Melaka dan sekitar, kepercayaan bahawa produk Melayu yang masuk ke dalam rumah akan memelayukan agama dan cara hidup mereka.

—-

Keterbukaan orang Melayu terhadap sikap ingin tahu mereka memberi kesan kepada persepsi mereka. Apabila mereka selesa dengan keterbukaan maklum balas, apa sahaja yang dicadangkan akan diterima termasuk karya yang baik.

Generasi baru Cina lebih terbuka tetapi isu kepercayaan Melayu sebagai individu perlu dibina ketika mana usaha memperkenalkan karya Melayu kepada mereka dilakukan.

—-

Di sekolah saya dahulu, pengerusi Kelab Bimbingan Kaunselingnya adalah Melayu, jawatankuasanya 95% berbangsa Cina. Bayangkan, sambutan Maulidur Rasul, hadiah Al Quran kepada pengetua pun dilakukan dan dipersetujui oleh mereka.

—-

Ciri-ciri budaya tidak sekadar pakaian kebangsaan dan perayaan sahaja

Ciri-ciri novel Melayu juga perlu mempunyai budaya fikir dan sudut pandang bangsa Cina. Ini bukanlah seperti diuar-uarkan dalam media tradisional, memahami bangsa dengan pakaian tradisional, sambutan perayaan dan amalan ziarah antara kaum (?)

Ciri-ciri novel Melayu perlu mempunyai elemen sudut pandang, konsep hidup, persepsi dan budaya komuniti Cina itu sendiri. Ia dapat dilakukan sama ada diterjemah dalam paparan dunia Melayu atau mencipta variasi komuniti dalam sebuah novel.

—-

Bedah siasat karya Cina

Tidak dinafikan faktor bahasa sangat penting dalam penghasilan karya yang baik.

Mungkin kita sudah boleh bermula dengan membedah siasat bagaimana novel-novel dalam bahasa Cina dihasilkan kemudian elemen karya mereka juga dapat diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

—-

Promosi bersama

Pada peringkat promosi novel di kedai buku, saya kira satu perkara yang boleh dilakukan ialah promosi bersama.

Yakni penulis novel Cina dan Melayu dalam genre dan subjek yang sama, duduk semeja berhadapan dua kumpulan pembaca membicarakan mengenai novel mereka yang ditulis dalam dua bahasa berbeza.

Ya, ia satu sistem yang kelihatan mustahil. Tetapi adakah ia boleh dilakukan?

Saya beri contoh, bolehkah dua penulis mewakili dua bangsa dari dua penerbitan berbeza bersama dalam Local Author Month sempena hari kemerdekaan di MPH mempromosikan karya mereka menggunakan bahasa kebangsaan?

Ini mungkin tidak membantu jualan pada peringkat awal, tetapi membuka ruang kepada pembaca bukan Melayu bagi memahami apakah di sebalik sebuah karya ditulis oleh penulis Melayu dalam bahasa Melayu.

—-

Karya Melayu bereksperimen

Selain itu lancarkan karya eksperimen yang diterjemah dalam bahasa Cina sebagai pengenalan kepada minda dan budaya penulis Melayu ke dalam bahasa mereka.


—-

Kerjasama pertukaran karya

Kerjasama pertukaran karya ini diharap membuka pintu awal kepada dua penerbit yang saling bekerjasama. Ia memerlukan penterjemah yang baik untuk kedua-dua pihak mendapat novel terjemahan yang berkualiti selain daripada isu kos yang perlu dibincangkan.

—-

Penulis Cina dalam penerbitan Melayu

Projek melahirkan penulis Cina yang menghasilkan karya Melayu di bawah penerbitan Melayu juga dapat digerakkan dari peringkat novel kanak-kanak, remaja sehingga dewasa.

Ia memerlukan satu sesi brainstorming bagi mencari model yang sesuai.

—-

Pengiklanan

Mampukah pada satu hari nanti penerbit Melayu membawa ulasan buku kita ke akhbar dan majalah berbahasa Cina bagi paparan ulasan buku. Atau bersediakah kita menyediakan iklan berbayar untuk mempromosikan buku-buku Melayu dalam teks iklan berbahasa Cina?

Kita sudah lakukan melalui majalah Quill MPH, dan Popular. Bagaimana pula majalah dan akhbar berorientasi pembaca Cina?

Kelihatan sukar, tetapi kegilaan kita bereksperimen mungkin memberi satu lagi jalan keluar.

——

Secara umum

1. Bina keselesaan dengan memperkenalkan karya kategori ‘selamat’ terlebih dahulu.
2. Bina kepercayaan dengan memperkenalkan karya yang baik dari segi bahasa, persamaan persepsi dan sudut pandang hidup.
3. Bina kerjasama bermula daripada penerbit, sesama penulis dan media kaum lain.
4. Bentuk persefahaman bersama melalui aktiviti promosi, penterjemahan dan pengedaran.

——

Pandangan saya mungkin ada lebih salah dari benarnya, sekadar melontarkan apa yang saya rasa berkaitan dengan isu ini.

ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com

Imran Yusuf  on  06/16  at  02:49 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Saya bersetuju dengan pandangan Zamri bahawa pihak PTS perlu:

1) Mengadakan sesi brainstorming untukmengenal pasti genre dan bentuk kesukaan pembaca orang China
2) Membedah siasat buku-buku best seller di kalangan orang China
3) Menggalakkan penulis PTS yang berminat untuk membuat co-writing dengan pengarang China.

mohamadkholid  on  06/16  at  03:55 PM

selalunya kita lebih mengutarakan perbezaan dan bukan persamaan - itu yang semakin menjarakkan.  watak cina dalam novel melayu pula banyak yang negatif - seeloknya dua watak utama dalam novel meliputi melayu dan cina.  saya menulis novel rahang maut dgn matlamat mendekatkan dua kelompok warga malaysia ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/16  at  10:32 PM

Salam Puan Ainon,

1) Perbezaan corak kehidupan.
2) Perbezaan dalam kepercayaan agama.

Bagi kaun Cina yang boleh membaca tulisan Cina, mereka biasa membaca buku dari Hong Kong, Taiwan, China dan Malaysia.

Bagi kaum Cina yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia dan Inggeris, mereka akan membaca buku dalam Bahasa Inggeris.

Saya masih banyak membaca buku dalam bahasa Cina dan pada pendapat saya buku Bahasa Cina mempunyai ciri-ciri berikut:

1) Terdapat pelbagai jenis buku atau novel di pasaran.  Terlalu banyak jenis sehingga kami tidak akan sempat mengejar penerbitan buku dan membaca semua.
2) Topik-topik buku juga berbagai-bagai jenis.
3) Selain daripada buku yang khusus bincang mengenai agama, biasanya isi kandungan buku dalam Bahasa Cina tidak menyentuh isu agama. Ia berpegang kepada prinsip kehidupan.
4) Tahap bahasa Cina yang biasa digunakan adalah tahap biasa yang sangat mudah difahami oleh semua pembaca.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: