Menjual Buku Self-published
Adakah saudara bercadang menerbitkan sendiri buku saudara?
Berdasarkan apa yang kita perhatikan, hanya mereka yang terlibat dalam aktiviti berceramah kepada orang awam, ataupun mengajar agama, yang dapat menjual buku yang mereka tulis dan terbitkan sendiri.
Mereka menjual buku mereka kepada orang ramai yang datang mendengar ceramah mereka, ataupun kepada murid mereka.
Jika saudara bukan penceramah ataupun guru agama, jangan terbitkan buku saudara menggunakan teknologi konvensional. Cetak buku saudara menggunakan teknologi POD (publishing ondemand).
.
.
Berdasarkan apa yang kita perhatikan, hanya mereka yang terlibat dalam aktiviti berceramah kepada orang awam, ataupun mengajar agama, yang dapat menjual buku yang mereka tulis dan terbitkan sendiri.
Mereka menjual buku mereka kepada orang ramai yang datang mendengar ceramah mereka, ataupun kepada murid mereka.
Jika saudara bukan penceramah ataupun guru agama, jangan terbitkan buku saudara menggunakan teknologi konvensional. Cetak buku saudara menggunakan teknologi POD (publishing ondemand).
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu;
Apabila ceramah sebegini diadakan, andaikata saya rakamkannya dan kemudian jual dia punya CD adakah saya telah melanggar hakcipta?.
p.s Saya ada beberapa siri rakaman Video siri-siri pembacaan puisi yang saya hadiri. Sebagai hobi saya ubah dia kepada VCD dan letaklah animasi, gambar dan sebagainya (hasil kreatif sendiri atau potong dan tampal), cuma sajak tersebut sipembaca yg punya. Ramai pula kawan-kawan yang minat nak beli (masakan saya nak bagi percuma, sekurang2nya kena cover kos semula).
Apa pandangan Sifu dan kawan2 lain?.
——-
MBA-san,
Undang-undang hakcipta melindungi persembahan seni dalam bentuk drama, tarian, koreografi, termasuk pembacaan puisi dan lain-lain.
Maknanya:-
1. Ceramah Ugama
2. Bacaan Quran
3. pembacaan pantun (kebanyakan pantun adalah public domain kan?)
4. Hasil seni ‘public domain’
OK ke?.
MBA-san,
Bahan yang dibaca mungkin public-domain, seperti ayat-ayat Quran, pantun-pantun klasik, lagu2 rakyat dan lain-lain. Yang itu memang tidak lagi dilindungi oleh undang-undang hakcipta.
Artistic performance-nya dilindungi oleh undang-undang hakcipta, yakni seni pembacaannya.
Dalam kes ceramah agama, ayat-ayat yang diucapkan oleh si penceramah itu adalah dilindungi undang-undang apabila ia direkodkan.
Puan,
MBA-San boleh juga dagangkan rakamannya itu dengan beberapa syarat, seperti persetujuan dari tuanpunya sumber itu. Boleh bincang. Kalau setakat rakam untuk kegunaan personal mungkin tuanpunya tak kisah.
Rastom-san, Sifu-san;
Terima kasih banyak.
Hmmmm…. saya nak jumpa A.Samad Said lah nak minta izin mengeluarkan deklamasi sajaknya dalam VCD. Jika dia setuju, royalti bolehlah diberikan kepadanya (jika lakulah).
Oops… katakan A.Samad mendeklamasi sajaknya dalam majlis saya yang saya bayar. Kemudian sesi itu dirakamkan. Patutnya awal-awal lagi saya masukkan dalam klausa jemputan urusan hakcipta semasa majlis itu kan?.
(andaian sahaja, bukan benar)
MBA-san dan Tuan RASTOM,
Isu hakcipta artistic performance ini banyak orang belum faham. Ini isu amat teknikal.
Saya cuba terangkan (Tuan Rastom tentu dapat terangkan dengan lebih baik.)
Dalam artistik performance, ada 3 elemen: Pantun, pemantun, seni berpantun.
Pantun klasik itu public domain. Pemantun itu manusia jadi tidak dilindungi oleh U2 hakcipta. Seni berpantunnya itu dilindungi.
Semasa performance itu ‘live’ memang pantun klasik itu dibacakan oleh pemantun. Jadi macam kita boleh ambil vedeonya dan jual, sebab pantun itu tidak dapat dipisahkan daripada perfomer dan performancenya.
Dengan menggunakan teknologi, 3 unsur itu dapat diasingkan. Suara bacaan pantun itu diasingkan. Kemudian ada pelakon yang ‘mime’. Kemudian dijual VCDnya! Itu melanggar hakcipta.
....sambung
Itulah sebabnya kita tidak boleh ambil vedeo live performance dan jual tanpa izin bertulis daripada pemegang hakcipta elemen2 seni yang terdapat dalam video itu.
Puan Ainon, MBA-San,
Menyambung Puan Sifu, faktor utama kena ambilkira ialah:
1. Apakah unsur kreatif yang terdapat didalam bahan itu yang boleh dituntut hakcipta? Pantun yang bertaraf public domain (tiada hak tuntut), pemantun (beliau berhak atas “persembahannya”, ada lagu iringan (hakcipta lagu siapa?)Jika dia memakai kostum Bugs Bunny (contoh bodoh - hak copyright Disneyland mungkin boleh saman pemantun dan pembikin video).
Sambung Tuan Rastom,
Seni hias set atas pentas juga boleh dituntut hakciptanya.
Isu U2 hakcipta ini amat penting tetapi nampaknya golongan penulis, terutama sasterawan, tidak ghairah belajar mengenainya.
Pak Rastom, Sifu-san;
Saya tak kisah sangat soal hakcipta ini, mungkin boleh lari atau bersembunyi di sebalik U2, tetapi saya takut kena bayar balik masa kat akhirat nanti. Sebab itu kena berhati2.
Isteri saya hadiahkan 30 juzuk Quran dalam pita magnetik masa kami kahwin dulu. Masa tu kira dah canggihlah… Kawan-kawan saya pinjam, lepas tu mrk buat salinan. Bila ustaz tu tau, dia kata dia tak redha perkara itu dibuat, bukan soal RM300 harga keset tu, tapi kebenaran dari dia yg mustahak.
:-(
MBA-san,
Golongan yang paling aktif mencuri hakcipta buku orang lain adalah penulis buku-buku agama!
Penulis dan penterjemah buku-buku agama supply bahan curi kepada penerbit buku-buku agama.
MBA-san,
Saya lihat dari sisi positif, sdr boleh jadi usahawan multimedia bahan seni kalau sanggup menguruskan soal (nampak remeh) hakcipta pihak pihak terbabit dalam bikinan video itu. Zaman sekarang hardware yang pc-based sudah boleh operasi, apa lagi, jumpa artis artis dan ustaz itu, bikin bisnes. hehehe
Kalau kandungan buku itu topik popular, mungkin penulis boleh gunakan teknik e-book.
Hendak baca bank in duit dalam akaun dan fax bank in slip dan lepas itu penulis beri kod password kepada pembeli, dengan kod password itu boleh download buku.
Kalau nak bayar guna kad kredit pun boleh juga.
Pak Rastom;
Wah….. saya nampak cahaya berkelip-kelip di hujung sana. Harap2nya bukan metaforgana. Saya ada beberapa orang pelajar multimedia yg datang buat amali di tempat saya dan saya ditugaskan untuk menyelia mereka (sebabnya saya pernah buat produksi multimedia dengan profesor2 mereka masa zaman mua saya dulu).
Bagi tujuan akademik, lagilah mudah saya arahkan budak2 ni pergi jumpa artis/seniman kan?. Esok & lusa saya ada kelas untuk budak2 ni, sebab itu tak boleh hadir kelas Sifu.
Terima kasih atas idea bernas tersebut Pak Rastom.
Puan Sifu, Pak Rastom, MBA, et al,
“....Harap2 bukan metaforgana…”
Metaforgana?
Em, metaforgana? Adakah tuan MBA maksudkan fatamorgana?
Atau metaforgana ini istilah baru yang diketemu oleh Pak Rastom, setelah beliau sebegitu lama melakukan metammofosis menggunakan teknik metafizik Yunani kuno???
Sdr Alang:
ha ha ha .... “saya silap”
:-(
Post a comment