Saturday, June 28, 2008

Menjual Sastera Berat

Buku-buku sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermutu tinggi, tetapi disebabkan pegawai-pegawai DAWAMA tidak pandai menjualnya, maka buku-buku itu gagal dalam pasaran. Karya-karya yang sepatutnya dapat dijual 5 ribu naskhah gagal dijual pada jumlah itu.

Bandingkan prestasi DAWAMA yang gagal itu dengan prestasi penerbit WIRA BUKIT yang berjaya menjual karya Sasterawan Negara Dato' A Samad Said.

Terbukti, karya sastera yang dikatakan oleh DBP sebagai 'berat dan tidak laku' itu dapat dijual beribu naskhah.

Begitu juga sebaliknya, jika produk kita kualitinya sederhana sekalipun, tetapi disebabkan kita pandai menjual, maka bisnes kita boleh berjaya. Ambil kes kejayaan ALAF21 menjual novel-novel cintanya sehingga puluhan ribu, malah ratusan ribu, naskhah.

Buku Mengapa Gagal Menjual ini adalah buku keempat tentang seni kejurujualan yang sudah diterbitkan oleh PTS. Kebanyakan buku kejurujualan menerangkan faktor dan teknik menjual. Buku Zamri Aminuddin ini menerangkan yang sebaliknya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Buku Hanya Habis di Setor Tetapi Masih Banyak Di Kedai Previous entry: 3 Rak Novel Cinta Dipulangkan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: