Monday, February 11, 2008

Mentee-mentee Tuan Osman Affan

Inilah foto penulis-penulis PTS yang mengikuti bengkel kemahiran mengendalikan sesi training. Sifu tidak ada dalam foto itu kerana mengendalikan bengkel penulisan regular PTS. 

Bengkel diberikan percuma oleh Tuan Osman sebagai penulis PTS yang mahu melihat lebih banyak penulis PTS memasuki industri training di negara ini.

Laporan bengkel ada dalam blog Tuan Osman Affan.

Sungguh mulia hati beliau. Moga-moga Allah melipatgandakan lagi rezeki Tuan Osman supaya ia turun dengan mencurah-curah. Amin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(19) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sifu Lupa Tarikh Hari Ini! Previous entry: Cukai Royalti dan Honorarium Penulisan dalam Bahasa Melayu
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  02/10  at  09:17 PM

Syabas Tuan Osman,

Sudah sampai masanya Tuan Osman menceritakan tentang Pertubuhan Motivator Muslim Malaysia kepada mentee-mentee semua.

Lagi pun Tuan Osman selaku Bendahari Penaja dan telah diberikan tanggung jawab bersama-sama Setiausaha Penaja, Tuan Ahmad Fadzli Yusof, bagi menggerakkan Biro Keahlian.

Zamri Mohamad  on  02/10  at  09:50 PM

Ya, Tuan Osman ada menceritakan serba ringkas berkenaan pertubuhan tersebut. Saya masih teruja hendak mendapatkan maklumat lanjut berkenaan usaha itu.

Sudah tiba sistem saringan motivator dan apa-apa lagi yang berkaitan dilakukan bagi mengelakkan orang menyalahguna istilah itu.

Dr Tengku, mungkin kalau ditukar kepada Pertubuhan kejurulatihan rasanya boleh dibesarkan skop ahlinya.

Nota; Penulis-penulis PTS dijemput mendaftarkan nama ke http://penulispts.bigforumpro.com/ sebagai usaha pengkaryaan yang lebih produktif antara penulis smile

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  02/10  at  10:25 PM

Tuan Zamri,

Perkataan ‘jurulatih’ itu tidak begitu tepat dalam konteks pertubuhan ini.  Sebab ia merangkumi jurulatih sukan, silat, tentera dan sebagainya.  Asalnya Pertubuhan Trainer Muslim Malaysia.  Kalau nama itu diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan maka syukur alhamdulillah.  Kalau tidak terpaksalah guna perkataan ‘motivator’.

SifuPTS  on  02/10  at  10:55 PM

Tuan Dr. Tengku,

Saya menyokong penubuhan pertubuhan itu dan saya hendak memohon menjadi anggotanya.

(1) Kita perlu mengadakan pertubuhan seperti itu bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat. Pertubuhan dapat mengadakan pelbagai kursus bagi meningkatkan kepakaran anggota-anggotanya.

(2) Masyarakat memerlukan semacam senarai “chartered motivators” supaya mereka dapat memilih pakar-pakar motivasi yang berkelayakan sahaja. Dengan adanya senarai itu mereka terselamat daripada ditipu oleh “Dr-Dr Ayam” yang sekarang mengaku mereka pakar motivasi. Malah, dalam pasaran sekarang, ada yang mengaku mereka “Profesor” padahal masuk universiti pun tidak pernah.

(3) Kita memerlukan suatu pertubuhan yang dapat mengawal-selia tingkahlaku profesional sesama kita. Dengan adanya pertubuhan itu, klien yang tidak puas hati dengan etika anggota pertubuhan dapat membuat aduan kepada pertubuhan dan pertubuhan dapat membuat siasatan serta mengenakan tindakan tatatertib.

(4) Kita dapat menggunakan pertubuhan itu sebagai saluran rasmi bagi menyuarakan pendapat dan pandangan kita terhadap dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu industri training dan motivasi.

Banyak sekali manfaatnya kepada masyarakat adanya pertubuhan itu…..

Riduan Khairi  on  02/11  at  12:14 AM

Sifu,

Sepatutnya gambar saya ada sekali. Tapi sebab saya terpaksa balik awal (macam biasa). Huhu…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/11  at  12:24 AM

Sdr Riduan,

Gambar itu amat bersejarah…. rugi sekali wajah saudara tidak ada!

Osman Affan  on  02/11  at  01:11 AM

Assalamualaikum w.b.t

Puan yang saya hormati, terima kasih kerana menulis posting ini dan mendoakan kejayaan saya. Saya memang percaya bahawa doa seorang sifu kepada anak muridnya sangat mudah dimakbulkan. Terima kasih sekali lagi. Saya juga sangat bersetuju dengan apa yang Puan katakan mengenai peranan pertubuhan ini terutamanya dalam memastikan kualiti perkhidmatan.

Dr. Asmadi, terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyertai Pertubuhan Motivator Muslim Malaysia. Sangat kecil rasanya diri saya bila berada dikalangan orang-orang yang sangat hebat dalam mesyuarat tempohari. Namun dalam masa yang sama saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk belajar daripada mentor-mentor yang sangat hebat.

Tuan Zamri, isu nama tu memang agak rumit sikit. Pening juga kepala ahli mesyuarat lepas apabila berbincang mengenai nama yang sesuai.

Tuan Riduan, sayang balik awal. Kami sebenarnya (Tuan Shamsuddin, Zamri, Hazali, Ihsan, Azree, Firdaus, Dino an seorang lagi, tak ingat pulak siapa) duduk berbincang di kedai mamak selepas habis program. Lama juga. Sempatlah berkongsi idea dan pendapat mengenai potensi dunia training dan cara pemasaran yang sesuai.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  02/11  at  02:04 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Perkara-perkara telah puan senaraikan di atas itu sememangnya telah dimasukkan dalam tujuan penubuhan, insyaAllah.

Saya juga mengalu-alukan kesudian puan untuk menjadi ahli pertubuhan.  Memandangkan pengalaman luas yang puan miliki dalam bidang latihan maka saya cadangkan puan menjadi salah seorang dari Ahli Kehormat pertubuhan.  Surat jemputan akan puan terima apabila pertubuhan diluluskan oleh pihak pendaftar kelak.

Sama-samalah kita doakan agar pertubuhan ini mampu memikul amanah dan tanggungjawab seperti apa yang kita semua harapkan.

Puan Ainon Mohd.  on  02/11  at  06:39 AM

Tuan-tuan,

Isu nama pertubuhan itu penting sebab bagi tujuan mengadakan “daftar chartered-motivators” itu, kita perlukan definisi yang tepat.

Kita perlukan 2 pertubuhan, dan seseorang itu, (hehehe… seperti dalam kes saya) dapat diterima oleh kedua-dua pertubuhan itu. (1) Pertubuhan Motivator Muslim Malaysia (PMMM). (2) Pertubuhan Trainer Muslim Malaysia (PTMM).

shamsuddin Kadir  on  02/11  at  08:44 AM

Pertubuhan itu dapat memantapkan lagi keupayaan para motivator dan trainer memandaikan umat Islam.

Ia juga bagi memastikan kualiti penyampaian berada pada satu tahap yang memuaskan pada setiap masa.

Ia juga bagi memastikan setiap motivator mengekalkan sifat peribadi yang baik pada setiap masa. Ibaratkan seperti Motivator No. 1 Dunia iaitu Muhammad Bin Abdullah (s.a.w)

Kredit kepada Dr Tengku, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Osman Affan dan rakan seperjuangan terlibat dalam penubuhan pertubuhan itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/11  at  09:07 AM

Tuan-tuan sekalian,

Saya cadangkan kita bawa masuk Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim ke dalam PMMM. Beliau dapat diminta menjadi presiden pertamanya, itu bagus bagi meningkatkan kredibiliti pertubuhan.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  02/11  at  09:42 AM

Puan Ainon dan rakan-rakan,

Sebenarnya mesyuarat pertama AJK Penaja telah diadakan.  Penaung, Penasihat, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK semuanya telahpun dilantik.  Mereka yang telah dilantik sememangnya berwibawa dan mampu menggalas amanah dan tanggung jawab yang diberikan, insyaAllah. 

Pertubuhan ini akan menyatukan trainer, motivator, penceramah, pendakwah dan yang seumpama dengannya.

Saya akan fikirkan peranan yang boleh dimainkan oleh Prof. Dr. Muhd. Kamil nanti.  Sebab pertubuhan memang memerlukan sokongan mereka yang punya kemampuan dan kredibiliti.  Yang paling penting ialah fikrah yang sama.

Fadzli Yusof  on  02/11  at  09:57 AM

Salam. Besar tanggungjawab yang dipikul dalam tugasan ini. Kebetulan ada beberapa keralatan peribadi, namun saya teruskan dengan komitmen yang sebaik mungkin. Doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan.

Amiiinn..  smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/11  at  09:57 AM

Tuan-tuan sekalian,

Saya sangat setuju adanya perkataan “Muslim” dalam nama pertubuhan.

Saya dapati di Biro Tata Nagara (BTN) banyak unsur-unsur tidak Islamik diamalkan dalam sesi motivasi yang digunakan di sana.

Bekas-bekas peserta BTN pula kemudian menggunakan aktiviti-aktiviti yang mereka pelajari di BTN itu apabila mereka masuk pasaran. Dengan itu mereka menyebarluaskan amalan tak Islamik itu dalam kem-kem motivasi yang mereka kendalikan, walaupun kononnya kem mereka itu Islamik dengan memasukkan aktiviti sembahyang berjemaah, tazkirah dan kiammul-lail.

Apabila pertubuhan ini sudah diterima permohonan pendaftarannya, kita dapat pastikan anggota-anggota kita tidak mengamalkan teori, teknik dan aktiviti-aktiviti yang tak Islamik. Ini dapat kita lakukan dengan mengadakan seminar dalaman sesama anggota.

Abu Afham  on  02/11  at  12:16 PM

Salam. Menarik perbincangan kali ini. Saya berharap agar keahlian dapat dibuka kepada saya… Teruja untuk menyertainya…

Saya peserta Bengkel Untuk Trainer Tuan Osman dan peserta beberapa siri bengkel penulisan SifuPTS. =)

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  02/11  at  01:50 PM

Saudara Abu Afham,

Untuk tujuan keahlian sila berhubung terus dengan Tuan Osman.

MdHazali  on  02/13  at  09:48 AM

Assalamualaikum,

Jikalau nama pertubuhan disangkutkan dengan perkataan “motivator” maka tidak dapatlah saya hendak menyertainya. Kecuali saya berusaha untuk menjadi motivator pula.

Tetapi, jikalau nama pertubuhan disangkutkan dengan pekataan “trainer” bolehlah saya turut serta menjadi ahli - salah seorang trainer bidang IT.

MdHazali  on  02/13  at  09:51 AM

ps: Terima kasih Tuan Osman kerana sudi mendidik kita menjadi trainer. Memang banyak tip-tip yang tuan berikan.

Terima kasih daun keladi,
Tidak terbalas budi yang diberi.

Hafizal Ramli  on  05/15  at  06:01 PM

Bersetuju dengan penubuhan TAMRIN. Borang permohonan ahli telahpun dihantar ke Tn Hj Fadzli. Erm, bagaimana pula dengan permohonan Train The Trainer PSMB, ada peningkatan dalam jumlah permohonan sekarang?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: