Friday, December 12, 2008

Menteri Pelajaran Kita Tidak Faham Perbedaan Literasi Bahasa, Literasi Sains dan Literasi Matematik

Malang sungguh nasib kanak-kanak Malaysia disebabkan menteri pelajarannya tidak mengetahui konsep 'literasi', suatu konsep asas dalam sains pendidikan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pakatan Rakyat Mahu Rombak Semula PPSMI Previous entry: PPSMI: Pejuang Pendidikan Cina Ancam akan Menunjuk Perasaan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  02:21 PM

Belajar dulu tak adalah pandai sangat. Menteri pendidikan patut dipilih dari kalangan orang yang ada ijazah atau Master atau Ph.D dalam bidang pendidikan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  03:08 PM

Tuan anti malas,

Dulu, semasa PPSMI mula dilaksanakan, menterinya bekas Naib Canselor USM - Tan Sri Musa Mohamad. Tetapi disebabkan dia sudah menjadi orang politik, maka dia patuh sahaja kepada bosnya - Tun. Dr. Mahathir.

Kalau si pak menteri mempunyai PhD sekalipun, kalau dia bersikap lebih menjaga jawatannya daripada menjaga nasib anak bangsanya, maka ada PhD ataupun tidak, serupa sahaja.

Menurut yang empunyai cerita, Tan Sri Musa Mohamad tidak setuju PPSMI, dan dia ada meminta tangguh pelaksanaan PPSMI tetapi Mahathir suruh laksanakan cepat-cepat, lalu dia pun laksanakan. (Tidak macam Dato’ Zaid Ibrahim, yang bertentangan pendapat dengan bosnya - Pak Lah - lalu dia meletakkan jawatan.)

Sampai begitu sekali si Tan Sri itu cuba menjaga jawatannya, namun dia tetap dibuang hanya selepas satu penggal menjadi menteri. Sekarang tidak ada orang yang ingat macam mana rupa muka bekas menteri itu. Tidak ada orang Melayu yang pedulikannya lagi, kecuali kaum kerabat dan kawan-kawan bisnesnya. Kalau dulu dia berpegang pada prinsip, sanggup meletakkan jawatan, sekarang dia sudah menjadi hero orang Melayu, namanya akan tercatat dalam sejarah, ke mana pergi dia dikenal orang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/15  at  07:10 PM

Kenapalah ramai pakat marah kat PPSMI, semua pakat benci kat dia. Kesian. Dulu ramai jugak anak Melayu yang belajar di sekolah aliran orang putih. semua belajar dalam bahasa orang putih termasukkah profesor2 dan orang bijak pandai yang hari ini tak suka pada PPSMI. Anak melayu hari inipun nak pandai jugak, nak jadi orang bijak pandai jugak, dapat bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang memang dah cair orang putih. Supaya nanti kat U tak delah anak melayu terpinggir dek kerana tak mahir orang putih, asyik2 cari buku rujukan dalam bahasa melayu je, dapat dalam bahasa indonesiapun jadilah. Berilah peluang pada anak melayu genarasi hari ini yang bakal menjadi pemimpin masa depan untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang setanding dengan bangsa lain di dunia. tak kan hilang melayu kerana belajar bahasa orang putih. Melayu tetap Melayu, tapi kita tidak perlukan melayu yang hanya pandai bercakap dan menkritik tetapi tak mahu bersama-sama membangun bersama melayu. Sedarlah melayu kini dah jauh ketinggalan, melayu gah kerana masih memegang tampuk kepimpinan negara. kalau tak kerana tu dah lama melayu hilang. tapi sampai bila melayu hanya nak hidup dengan politik. Tak kah kita mahu melayu hari ini dan akan datang gah di bidang kedoktoran, kehakinam, kejuruteraan, ekonomi, dll.
Maaflah kerana saya sedih melihat PPSMI yg dicemuh, dipersalahkan, seolah-olah tak ada satu kebaikanpun yang dibawanya. Sedih kerana melayu sendiri yang tak mahu melihat melayu maju. bangsa lain senyum sinis dan bertepuk tangan melihat melayu bertelagah pasal PPSMI, seolah-olah tak isu lain yang hendak diperjuangkan. Itulah Melayu mudah lupa….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/15  at  09:33 PM

Encik Aibiwai,

Di indonesia sains matematik dalam bahasa Indonesia. Mampu lahirkan doktor, jurutera, saintis.

Di Thailand sains matematik dalam bahasa siam. Mampu lahirkan doktor, jurutera, saintis.

Di Palestin belajar dalam bahasa Arab. Walaupun negara sedang perang banyak doktor dihasilkan.

Apa yang menghalang Encik Aibiwai, untuk melihat sains matematik diajar dalam bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita, seperti yang dinikmati oleh rakyat Indonesia, Thailand dan lain-lain iaitu belajar dalam bahasa negaranya sendiri, tanpa melalui kepayahan seperti anak-anak kita di sini.

Siapa yang bilang, orang dari luar Malaysia, bahawa sesebuah negara akan maju jika belajar sains matematik dalam bahasa Inggeris?

Banyak negara yang belajar dalam bahasa masing-masing, tetap boleh bersaing. Sekali lagi, apa yang menghalang fikiran Encik Aibiwai untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains matematik?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/15  at  11:07 PM

Tuan Aibiwai,

Tuan pun 2 x 5 sama “lembu” juga dengan Pak Menteri tadi.

Orang gila mana yang larang anak-anak kita belajar BI? Belajar BI buatlah cara belajar BI. Buat Matematik/Sains dalam BI tak akan menolong memandaikan BI dan Maths/Sains kerana konsep ‘literasi’ yang berbeza.

Tuan Aibiwai tinggal dalam gua mana? Generasi berpendidikan Melayu yang ramai dalam bidang sains /teknikal berbanding dengan generasi berpendidikan Inggeris dahulu.

Apa kebaikkan PPSMI? Cuba senaraikan. Maju macam Filipina, Sri Lanka, Kenya, Uganda, Ghana, Jamaica, Burma, Zimbabwe?

Untuk makluman Tuan Aibiwai, kita perlukan rakyat yang ramai pandai menggunakan kepala otak bukannya ramai yang pandai berkata-kata dalam BI tapi otaknya kosong seperti negara Afrika/Filipina/Sri Lanka/Pakistan.

PPSMI akan menyebabkan rakyat yang ramai pandai menggunakan kepala otak berkurangan sama seperti era pendidikan Inggeris dahulu. Tak percaya, sila lihat sejarah UM di era 60-an, 70-an berapa ramai Melayu yang masuk kursus Sains/Teknikal/Engine/Medic ketika itu?

Sebab itu kita tentang PPSMI, paham Tuan Aibiwai!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/16  at  07:38 PM

Tuan Tokey,

Apabila bercakap tentang PPSMI, Tuan Aibiwai (IBY?) itu bukan satu-satunya individu yang masih belum dapat memahami 2 perkara simpel yang berbeza, yakni:

(i) Belajar dan mengajarkan bahasa Inggeris, dan

(ii) Mengajarkan subjek matematik dan sains kepada budak-budak sekolah menggunakan bahasa Inggeris.

Begitu lemahnya daya-taakul para penyokong PPSMI, sampai-sampai mahu sahaja kita bertanya kepada pakar-pakar pemakanan, zat apa barangkali yang, apabila dimakan, dapat menormalkan semula daya-taakul yang lemah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: