Wednesday, March 19, 2008

Kementerian Pelajaran dan Gosip Tentang Projek Perbekalan Robot Kereta Lumba F1

Desas-desus tentang deal-deal di kementerian pelajaran bukan dikaitkan dengan projek-projek perbekalan buku sahaja.

Gosip-gosip sedang merebak kencang dari mulut-ke-mulut yang dikaitkan dengan deal-deal bagi projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit untuk perbekalan mesin, gajet, penaikan taraf makmal dan peralatan makmal bagi mata-mata pelajaran teknikal dan vokasional, di mana setiap kos projek dinaikkan berlipat-lipat ganda harganya.

Antara nama-nama syarikat kontraktor yang disebut-sebut adalah "Khazanraya" Sdn. Bhd., "Formula Satu" Sdn. Bhd., "Jalinraya" Sdn. Bhd., dan "Vitalis Seri" Sdn. Bhd. Digosipkan bahawa 4 buah syarikat itu adalah berkaitan antara satu sama lain dan nama-nama lembaga pengarah Melayunya hanya menjadi muka depan sahaja kepada seorang tokoh bisnesman Cina yang infamous.

Entah betul, entah tidak, kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. bagi tahun 2006-2007 sudah menerima kontrak bernilai hampir RM80 juta yang melibatkan 300 buah sekolah. Bagi tahun 2008 pula, kontraktor itu akan menerima kontrak bernilai RM189 juta lagi bagi membekalkan robot kereta lumba F1 untuk mata pelajaran rekacipta ke 1,700 buah sekolah menengah lagi.

Macam-macam lagi gosip yang sampai ke telinga kita, semua gosip-gosip itu tidak menyedapkan hati. Yang paling tidak sedap didengar adalah desas-desus kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berani Kerana Tidak Masuk Tender Kerajaan Previous entry: Bahasa Inggeris: Dolak-dalik Hishamuddin Tun Hussein
Amiene Rev  on  03/20  at  12:23 AM

Robot untuk kereta lumba F1? Kedengarannya macam rekaan sahabat baik saya. Dia pernah mengajak saya bekerjasama dengannya sebagai game designer di US beberapa tahun lepas.

Mungkin saya tersilap.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: