Menterjemah Lebih Menguntungkan daripada Menulis Karya Asli
Inilah foto Tn. Imran Yusof. Beliau menulis karya asal dan juga menterjemah buku-buku terbitan PTS.
Beliau memberitahu, bagi pendapatan royalti 2008, ada perkara yang sangat menarik dalam laporan prestasi jualan buku-bukunya.
Menurut beliau, walaupun bagi buku bisnes yang diterjemahkannya beliau hanya menerima 30% royalti (70% diberikan kepada penerbit dan pengarang), namun beliau menerima jumlah wang yang lebih banyak daripada jualan buku terjemahan dibandingkan dengan royalti daripada karya asal beliau sendiri. Antara faktor yang menyebabkan situasi begini adalah kerana harga buku terjemahan relatif tinggi.
NOTA: Tuan Imran adalah seorang eksekutif kanan di bahagian teknikal sebuah syarikat perkapalan.
Beliau adalah antara peserta kursus PTS yang belajar menulis dari sifar.
Sehingga sekarang beliau sudah menerbitkan 2 buah karya sendiri, 1 karya bersama, 3 terjemahan sendiri, 2 terjemahan bersama, 3 karya belum terbit, dan 3 lagi sedang diusahakan.
Beliau memegang rekod sebagai penulis PTS yang paling konsisten menghadiri semua kursus yang saya kendalikan, meskipun kursus itu sudah berkali-kali beliau hadiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Sesungguhnya entri ini adalah suatu penghormatan yang sangat besar bagi seorang yang bernama kecil dalam dunia penulis PTS yang terdiri dari lebih empat ratus orang.
Apabila kerap menghadiri kursus, saya mendapat sekurang-kurangnya 4 manfaat:
1) Memperbaharui pengetahuan lama dan mempelajari ilmu serta maklumat terbaru dalam penulisan - walau pun sudah berkali-kali hadir kursus yang sama, ada sahaja maklumat baru yang dapat dipelajari;
2) Mendapat kenalan baharu bagi meningkatkan jaringan sahabat yang terdiri dari penulis, penterjemah, penerbit, editor baru dan lama PTS - menjalinkan persahabatan baru;
3) Mendapat motivasi dan semangat baru bagi meningkatkan produktiviti penulisan - setiap kali selepas hadir hasil penulisan semakin meningkat dan mutu tulisan semakin bertambah baik;
4) Menjadi pelajar yang sentiasa diingat dan didoakan oleh guru - selain usaha sendiri, doa dan harapan juga penting bagi seseorang penulis.
Tahniah Tuan Alang. Semoga tuan menjadi inspirasi semua rakan penulis lain khususnya diri saya.
Sazmy Aziz
Terima kasih Tuan Sazmy,
Kita, para penulis, sama-sama mendorong dan memberi semangat di antara satu sama lain.
Oh ya, buku Tuan akan menjadi ‘bacaan mandatori’ bagi anak-anak saya yang bercadang membina kerjaya di pejabat!
Orang2 hebat ternyata lebih menyerlah kehebatan mereka bila kita dapati mereka manusia yg sangat tawadu’.
Post a comment