Penghargaan untuk Mentor-Mentor Cina PTS

Di belakang PTS adalah individu-individu Cina yang memberi banyak dorongan, tunjuk ajar dan dukungan kepada saya sendiri dan kepada pegawai-pegawai PTS.
Mereka terdiri daripada para pencetak, pemimpin persatuan penerbit, rakan-rakan penerbit buku, para pengedar buku, kontraktor buku, pekedai buku, pembekal kertas, pemilik syarikat lori transport, towkay-towkay bangunan yang kami sewa, kontraktor ubahsuai yang memasang pelbagai peralatan, pembekal pelbagai hardware dan software, agen hartanah yang mencarikan bangunan dan lokasi, dan pegawai-pegawai bank-bank Cina.
Dalam proses berurusan dengan mereka, dengan sabar mereka menjawab pelbagai pertanyaan kami, di mana jawapan-jawapan yang mereka berikan itu penuh dengan wisdom-wisdom bisnes, yang kami sematkan dalam hati sebagai panduan menjalankan bisnes.
Mereka tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kami supaya PTS berkembang dengan baik.
Individu-individu Cina itu tidak tahu bahawa mereka dijadikan mentor oleh kami. Dengan mengamalkan tunjuk ajar mereka, PTS berkembang purata 60% setahun, setiap tahun, semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2000. Pada tahun pertama nilai retail jualan buku-buku PTS RM23 ribu. Pada tahun 2008, ia meningkat kepada RM27 juta. Target tahun 2009 adalah RM30 juta.
Foto dari kiri: Tn. Yong Seng Huat, pengurus Public Bank cawangan Seri Gombak, Tn. Arief Rahmad, Presiden kumpulan syarikat-syarikat PTS, dan Tn. Koh Yok Hwa, pemilik Gemilang Publishing (penerbit buku Cina terbesar di Malaysia). Foto ini diambil oleh Cik Shaza pada majlis rumah terbuka PTS sempena kami masuk bangunan baru yang dibeli sendiri, sekaligus majlis jamuan hari raya baru lalu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

AssalamualaikumPuan yang dihormati.
Semoga jalinan baik perniagaan Puan bersama-sama dengan towkay-towkay tersebut terus berkekalan.
Mengikut pengalaman saya semasa berbincang dengan towkay-towkay Cina, jika kita tersalah cakap kerana tidak faham atau kurang mengetahui sesuatu, mereka anggap salah cakap itu sebagai kekurangan ilmu kita dalam bidang itu. Mereka seterusnya akan menjelaskan apa duduk perkara sebenar.
Berbeza dengan sesetengah orang kaya atau dari kalangan orang politik, jika kita tersalah cakap, mula meninggi suara kerana menganggap kita cuba mahu menipu duit dia.
Post a comment