Monday, June 22, 2009

Menulis adalah Bakat

Menulis adalah sejenis bakat, yakni Bakat Linguistik, istilah awamnya 'bakat bahasa'. Bakat linguitik adalah seperti bakat-bakat lain: Matematik, mekanik, bermain alat muzik, menyanyi, melukis, berlakon, memasak, dan bermacam-macam lagi.

Bakat linguistik terdiri daripada pelbagai kategori.

Ada orang mempunyai bakat belajar bahasa-bahasa lain, oleh itu mereka cepat pandai belajar bahasa, dan pandai bercakap dalam beberapa bahasa. Bukan semua orang mempunyai bakat belajar bahasa asing. Itulah sebabnya sangat zalim memaksa semua orang belajar bahasa asing sebagai syarat jikalau hendak belajar matematik dan sains.

Bakat lingusitik terdiri daripada pelbagai sub-kategori.

Orang yang pandai belajar bahasa asing belum tentu pandai mengarang. 

Ada orang yang pandai berceramah tetapi tidak pandai mengarang.

Ada orang pandai mengarang novel tetapi tidak pandai mengarang rencana. 

Ada orang pandai mengarang skrip drama tetapi tidak pandai mengarang puisi.

Dalam sub-kategori bakat menulis fiksyen, hal serupa begitu juga. Ada orang pandai menulis novel berat tetapi tidak pandai menulis novel cinta.

Seorang yang mempunyai bakat menulis novel cinta yang luar biasa adalah Barbara Cartland. Menurut Ensiklopedia Britannica, pada tahun 2000, novel-novelnya terjual lebih 1 bilion naskhah dalam 35 bahasa.

Pada tahun-tahun 1970-an, purata beliau menulis 23 novel setahun. Beliau sangat banyak berjalan sambil membuat kajian sejarah bagi setting cerita-ceritanya. Boleh dikatakan semua watak utama dalam novel-novel cintanya adalah dara jelita yang suci serta pemuda yang tampan. 

Banyak orang tidak perasan bahawa mereka mempunyai bakat linguistik, khususnya bakat mengarang. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jawatan Kosong Previous entry: Wajah Pengarah Kreatif PTS
tintataghyir  on  06/24  at  01:15 AM

Bagaimana mahu tahu kita benar-benar berbakat? Apakah setelah dipuji perpuluh-puluh orang sedangkan kita masih merasa orang lain lebih baik kupasannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  04:53 PM

aku pengen jadi seorang penulis, karena aku fikir itu adalah hal yang sangat bermakna untuk hidupku, so, bisa bantuin aku tuk jadi seorang yang pandai nulis gak ?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: