Menulis adalah Menulis Semula
Tulis semula bab-bab awal buku saudara!
Bab-bab awal sangat penting peranannya dalam mencipta persepsi kualiti buku saudara. Kalau orang yang membelek-belek buku saudara suka membaca bab awal, ada harapan dia mahu membeli buku saudara itu.
Sentuhan pertama, walau apa pun namanya sentuhan itu, mestilah sentuhan ajaib.
Kalau ayat pertama yang dibacanya menimbulkan kesan suka, itulah sentuhan pertama yang menimbulkan minat baginya terus membaca ayat kedua dan ayat-ayat seterusnya.
Kalau ayat pertama pun sudah lembik, manakan timbul ghairah bacanya.
Tulis-tulis semula semua ayat-ayat pertama setiap bab buku saudara. Ini disebabkan kita sudah membuat pemerhatian bagaimana bakal pembeli buku menilai kualiti buku yang dibacanya.
Didapati, bakal pembeli bukan hanya membaca ayat pertama bab 1, tetapi mereka lebih banyak membaca ayat pertama bab-bab yang di tengah-tengah!
Pastikan, walau bab mana yang dibuka dan dibacanya, ayat pertama yang dibacanya itu mencipta kesan sentuhan pertama yang ajaib.
Manakan tidak ajaib! Saudara penulis baru. Buku itu buku sulung saudara. Nama saudara belum ada brand, tetapi dia sudah terpikat dengan buku saudara, lalu membelinya.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Mata hati tidak pernah berbohong.
——-
Puan Ainon, menulis ayat2 pada bab 1 dan permulaan bab-bab seterusnya memang terasa payah. seperti kata puan perlu ada sentuhan ajaib kat situ. nak mencipta sentuhan2 ajaib itu yang agak sukar. kena lakukan berulangkali.
Tuan Latip,
Sebagai penulis yang sudah banyak pengalaman dan banyak kali memang hadiah dan anugerah, tuan tentu lebih tahu susahnya mencipta ayat-ayat bersentuhan ajaib! Maka itulah menulis adalah menulis semula….
Maksud Puan, jika kita telah menyiapkan manuskrip kita maka kita perlu kembali membaca dan menulisnya semula sampailah kita rasakan keajaibannya?
Kalau novel jibunsyi cinta, nulakanlah dengan ayat: “Di mana akan kucari cinta itu…” mungkinkah akan termasuk kategori sentuhan pertama yang ajaib, Puan Sifu..??
“Sentuhan ajaib pertama”..??
MENEKA DALAM KESAMARAN (1)
Ke mana kau menghilang
Telah kucari di mana-mana
Namun tak juga kutemui
Di manakah dikau sayang di mana?
Telah kujelajahi setiap ruangan
Di ruang sunyi dan di sudut sepi
Tiada jua ku temui suatu ketetapan
Apakah kau sengaja menghilang
Agar aku jadi lebih rindu padamu?
Kini jerebu melanda lagi
Membuat pandangan bertambah kelabu
Terasa hati ini semakin sayu
Adakah kasih kita semakin layu
hingga kering layu dan berdebu?
Kembalilah kepadaku sayang
kembalilah
Tanpa kasihmu
Aku kelemasan dilamun ombak
kerinduan duhai sayang..
(C)alang kelana
Sheikh, ini pantun balasannya:
Oh bulan! Di manakah bintang?
Di atas pucuk kayu ara.
Oh tuan! Di mana menghilang?
Dalam dapur, di atas para!
Ini yang lebih betul:
Oh bulan! Di manakah bintang?
Di atas pucuk kayu ara.
Oh puan! Di mana kau menghilang?
Di dalam dapur, di atas para!
Sdr Zamri, ya, benar begitu.
Sheikh, ayat pertama novel cinta…. (ingat, novel cinta adalah bacaan perempuan yang tidak pernah menikmati cinta tulen lelaki… seharusnya dimulakan dengan ayat begini bunyinya:
Jeng! Jeng! Jeng!....
“Aku tahu apa yang setiap perempuan yang pernah kukenali mahu, dan aku tidak pernah silap memberikannya!” kata Kassim Selamat.
Saya petik untuk dijadikan ayat pertama novel cinta yang satu lagi: “Cinta itu ibarat satu konspirasi, di dalam diam dia memakan diri, di dalam senyap ia mencuri hati…” (-dr. cinta-)
Post a comment