Menulis Banyak ‘buku’ tetapi Tiada Memiliki ‘harta intelek’
Sifu mengambil kesempatan ini mengingatkan mentee-mentee supaya beri perhatian pada aspek merancang kejayaan buku saudara dalam pasaran.
Jangan sibuk hendak menulis dan menyiapkan buku saudara sahaja, sebab buku yang ditulis dengan tidak mengambil kira aspek pemasarannya akan menyebabkan saudara setakat berjaya menghasilkan manuskrip buku. Belum tentu ada penerbit yang mahu menerbitkan manuskrip itu. Manakala, jika ada penerbit yang mahu menerbitkannya, belum tentu buku itu laku dijual.
Banyak penulis yang berjaya menulis banyak buku, tetapi sebuah pun tidak berjaya menjadi buku yang diulangcetak tahun demi tahun. Seorang kenalan Sifu berjaya menulis 26 buah buku yang diterbitkannya dengan lebih 10 penerbit. Kecuali satu judul, buku-bukunya tidak diulangcetak.
Apabila buku saudara sudah terbit ia mungkin setakat menjadi "buku" sahaja, yakni tidak menjadi "harta intelek".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon yang saya hormati,
Saya setuju penulis perlu belajar dan faham aspek pemasaran buku. Tujuan kita menulis adalah untuk berkongsi mesej dan ilmu dengan pembaca. Tanpa strategi pemasaran, kita seolah tidak merancang supaya buku itu sampai kepada golongan yang boleh mendapat manfaat dari buku tersebut.
Sebaliknya jika pemasaran buku berjaya, semua pihak akan bahagia. Pembaca mendapat kefahaman dan ilmu, penulis mendapat pahala serta royalti, dan penerbit dapat mengekalkan bisnes dan mengeluarkan lebih banyak buku.
Salam Puan, ingin minta pandangan.
- Saya menandatangani perjanjian dengan sebuah penerbit dan dalamnya mencatatkan saya tidak boleh menerbitkan mana-mana buku dengan publisher lain. Jika saya menulis juga dengan publisher lain, adakah saya boleh disaman? Apakan klaus seperti ini mengikut undang2?
- Bolehkah saya mnedaftarkan nama buku bersiri yang saya hasilkan sebagai harta intelek? Bagaimana caranya.
Post a comment