Monday, August 31, 2009

Penulis Dapat Mencontohi Budaya Kerja Para Karyawan dalam Dunia Muzik dan Perfileman

Jika dijalankan kajian tentang sikap penyanyi, pelakon, pemuzik, pengarah filem, jurukamera dan lain-lain, dengan bertanya soalan "Apakah tuan mahu hidup dengan menyanyi (berlakon dll) secara sambilan sahaja?" Barangkali tidak seorang pun yang menjawab, "Ya, saya mahu menjadi penyanyi (pelakon) sambilan sahaja...."

Disebabkan rata-rata golongan karyawan dalam dunia muzik, drama dan perfileman yakin mereka dapat mencari penghidupan dalam bidang masing-masing, justeru mindset mereka dihalakan ke arah itu, maka itulah yang mereka perolehi. Mereka dapat melakukan apa yang mereka yakini, yakni hidup sepenuh masa dengan bakat yang dimiliki.

Tetapi, fenomena sebaliknya yang berlaku dalam dunia penulisan. Banyak yang mempunyai bakat menulis tidak percaya bahawa mereka dapat hidup sepenuh masa dengan menulis. Akibatnya mereka tidak melakukan banyak perkara yang diperlukan bagi menjalani kehidupan sebagai penulis sepenuh masa.

Syarat pertama menjadi penulis sepenuh masa adalah mengetahui segala macam punca pendapatan yang ditawarkan oleh dunia penulisan.

Menulis adalah aktiviti bisnes. Apabila ada duit keluar, barulah ada duit masuk. Apabila ada modal yang dilaburkan, barulah ada pulangan yang masuk daripada pelaburan itu.

Dalam bisnes, wajib ada produk, ada pembekal, ada pelanggan. Sebagai penulis kita perlu mengenal pasti jenis-jenis penulisan (produk) yang dapat kita bekalkan kepada masing-masing pelanggan yang memerlukannya.

Kenal pasti semua jenis pelanggan yang memerlukan bakat-bakat penulisan kita. Cari di mana mereka berada, dan jalin hubungan baik dengan mereka.

Para karyawan dalam dunia muzik dan lakonan mengambil isu "belajar dan berguru" dengan serius. Mereka sanggup membayar mahal bagi mempelajari selok-belok menyanyi, berlakon, bermain alat muzik, mengarah, menggunakan kamera dan lain-lain ilmu. 

Di kalangan pelakon, semasa mereka sedang "bekerja", yakni semasa mereka menjalani sesi shooting, mereka taat kepada pengarah-pengarah, sanggup diteguri, malah sanggup dimarahi, oleh si pengarah. Sikap demikian juga adalah normal di kalangan penyanyi dan pemain muzik profesional. Begitulah budaya kerja dalam dunia profesional mereka.

Banyak yang dapat dicontohi daripada sikap, disiplin dan budaya kerja para karyawan dalam bidang muzik dan perfileman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ucapan dan Kuliah yang Dirakam adalah Harta Intelek Previous entry: Tip Memilih Perkataan untuk Judul

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: