Thursday, March 22, 2007

Menulis Buku Agama Untuk Beginner Agama

Buku-buku agama terbitan PTS ISLAMIKA ditulis khusus bagi bacaan sesiapa yang baru hendak berkenalan dengan Islam, jadi ia adalah buku-buku untuk pemula (beginner). Buku genre inilah yang tidak ada dalam pasaran saat ini.

Siapakah yang disebut sebagai 'beginner'? Pembaca beginner mungkin:

(a) Individu bukan Islam yang ingin mengetahui isi kandungan buku Islam itu.

(b) Dia mungkin juga orang Islam keturunan sahaja, oleh itu pengetahuannya tentang Islam masih rendah.

(c) Individu itu mungkin sudah masuk Islam dan masih belajar hal-hal yang asas sahaja tentang Islam.

Walaupun judul-judul yang diterbitkan oleh PTS ISLAMIKA itu mungkin judul karya ilmuan besar seperti Ibnu Qayim ataupun Imam Nawawi, tetapi buku-buku itu tetap ditulis menggunakan gaya bahasa yang disesuaikan dengan keperluan pembaca beginner.

Kita mendapat maklumbalas daripada banyak saudara baru yang mengadu mereka tidak faham bahasa yang digunakan dalam buku-buku agama yang banyak terjual dalam pasaran saat ini.

Apabila menulis buku agama untuk beginner, bayangkan, sebagai contoh sahaja, pembaca yang membaca buku itu bernama En. Tan ataupun En. Muthu ataupun Cik Jah a/p Bayan. Mereka mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Bagaimana Penerbit Dapat Merompak Syarikatnya Sendiri Previous entry: Sastera Melayu Tidak Dibaca Orang: Mengapakah Pembaca Melayu Juga Yang Sentiasa Dipersalahkan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: