Wednesday, May 30, 2007

Menulis Buku Travelogue

Bukankah banyak manfaatnya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan itu mereka menjadi orang-orang yang mempunyai hati, yang dengan hatinya mereka dapat memahami, ataupun mempunyai telinga, yang dengan telinganya mereka dapat mendengar? - maksud ayat dalam surah al-Hajj.

Pasaran buku travelogue dalam Bahasa Melayu memang sedia ada, tetapi sehingga saat ini belum diterokai. Justeru PTS akan menerokai pasaran ini.

Bagi saudara yang pernah berjalan ke negara lain, apatah lagi jika saudara pernah tinggal lama di sana, PTS amat ingin saudara berkongsi pengalaman dengan peminat travelogue Melayu.

Tulis emel kepada saya klik di sini, dan saya akan hantar contoh menulis travelogue yang mudah dan disukai pembaca.

SifuPTS akan mengadakan bengkel khusus teknik menulis travelogue bagi membantu saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Travelogue
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Apa Misi Buku Travelogue Melayu Previous entry: Buku Travelogue Sebagai Produk Pelancongan Islami
Fable Fox  on  05/30  at  10:09 AM

Saya suka melawat tempat-tempat berilmu dan berteknologi. Sejak 1994 mahu pergi ke ‘The Assembly’ di Helsinki, Finland. Sampai sekarang belum dapat lagi :-(

Di ‘The Assembly’ pakar-pakar pengaturcara dan grafik indie berkumpul. Lebih kurang seperti siggraph, cuma lebih kepada demo scene grin
——-

Saifuddin  on  05/30  at  11:51 AM

Puan Ainon,

Bagaimana pula dengan orang yang tidak pernah pergi ke luar negara atau tinggal di sana? Adakah orang yang masih berada di dalam negara sendiri, hanya berjalan-jalan di dalam negara sahaja. Adakah boleh menulis karya sebegini?

En. Saifuddin, dalam negara kita ini banyak catatan perjalanan yang bagus-bagus!
Saya pernah ke Cameron Highlands, dalam perjalanan naik, saya berhenti membeli durian daripada seorang lelaki Asli, namanya En. Bah. Saya ambil waktu berbual-bual dengannya dan saya sedih mendengarkan nasib menjadi Orang Asli di Malaysia…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.