Wednesday, July 29, 2009

Menulis Buku untuk Pembeli dan Pembaca Baru

Dalam pasaran buku, akan sentiasa ada kelompok pembeli yang disebut sebagai 'pembaca baru' bagi setiap subjek. Mereka adalah individu yang baru pertama kali hendak membeli dan membaca subjek itu, ertinya mereka baru bermula dari 'sifar'.

Pasaran pembaca baru adalah besar dan evergreen. Semua penerbit besar di seluruh dunia menyediakan buku-buku yang ditulis khusus untuk pembaca baru. Yang terkenal adalah siri buku untuk 'dummy' ataupun siri 'idiot'.

Majoriti buku agama terbitan PTS adalah ditargetkan kepada pembaca baru. Sebagai contoh, buku-buku agama serta buku-buku bisnes dan pengurusan karya penulis tempatan PTS adalah untuk pasaran pembaca baru.

Apabila tuan menulis buku, tentukan apakah buku itu mahu ditujukan kepada pembaca baru (si dami) ataupun pembaca advance (si pandai). Teknik menulis dan menerbitkan dua ketegori buku ini berbeza. 

Menulis buku untuk bacaan golongan dami dan idiot adalah lebih sukar daripada biasa.

Buku-buku Islam untuk si dami tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan Arab, walaupun sesetengah perkataan Arab itu bunyinya macam sudah diketahui oleh semua orang. Sebagai contoh, perkataan solat dan solehah adalah sangat kerap digunakan, tetapi bagi si dami-Islam, mereka tidak tahu makna perkataan-perkataan itu. Maka digunakan perkataan sembahyang dan baik sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penganjur Sayembara Novel Sai-Fai Tindas Penulis! Previous entry: Apabila Lori Kargo Tidak Berjalan 10 Hari....
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  07:18 AM

Assalamulaikum.

Saya kurang setuju perkataan Solat digantikan dengan sembahyang, Solehah dengan baik. Dalam memahami Islam, pembaca perlu didedahkan dengan perkataan yang dinyatakan secara jelas oleh al-Quran dan Hadith apa lagi ia boleh membawa kefahaman yang lebih tulen dan jelas maksudnya berbanding perkataan Melayu.

Bagaimanapun ada beberapa perkataan bahasa Melayu lebih sesuai digunakan seperti puasa (syiam).

Terima kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  11:54 AM

Assalamualaikum W.B.T.

Kepada Encik Makhtar Mohamed.

Semoga Encik berada dalam kandungan sihat sejahtera. Merujuk kepada pendapat Encik di atas, saya menganjurkan agar Encik terlebih dahulu meneliti dan mengkaji sebelum menyatakan pendirian tidak setuju/ tidak berapa setuju.

Sebagai permulaannya, saya menganjurkan Encik agar meneliti hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W seperti sabdanya: “Bercakaplah kepada orangramai dengan tahap pengetahuan mereka, adakah kamu suka melihat mereka keliru hingga mendustai Allah dan RasulNya?”-Riwayat Imam Bukhary. Hadis ini disokong pula oleh riwayat Imam Muslim dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Tidaklah kamu bercakap (berurusan) dengan sesuatu bangsa dengan percakapan yang tidak sampai pada kadar akal mereka melainkan menimbulkan fitnah jua bagi sebahagian mereka (kerana mereka tidak memahami).”

Banyak lagi hadis-hadis lain yang menerangkan perkara ini. Kedua-dua hadis yang saya sebutkan di atas tadi adalah hadis-hadis yang diterima pakai oleh kesemua mazhab empat (Fekah) Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu As Sya-irah dan Maturidi. Walaupun kedua-dua hadis itu di martabat Mauquf tetapi disokong oleh banyak hadis seumpamanya itu dengan perbedaan lafaz dan perekod. 

Di samping itu, dipersilakan pula lihat pendapat-pendapat ulamak seperti Syeikh Ahmad Al Fathani. Syeikh Ahmad Al Fathani ini adalah guru kepada Tok Kenali (persilakan rujuk kisahnya di buku karya Al Marhum Syeikh Wan Mohamed Saghir(cucu kepada beliau dan juga guru saya) dan buku saya yang terbaru ). Tok Kenali pula adalah guru kepada Zaaba iaitu Pendeta Bahasa Melayu. Dipersilakan rujuk fatwa Syeikh Ahmad Al Fathani mengenai bahasa Melayu terutamanya soal istilah solat dan sembahyang. Beliau membicarakan dengan begitu terperinci dari sudut terminilogi, linguistik dan filologi tentang istilah sembahyang dalam bahasa Melayu. Kesimpulannya ialah beliau mengatakan adalah SAH menggunakan istilah sembahyang tanpa ragu-ragu. Rujuk-al Fatawa al Fathaniah.

Di sini saya petik sedikit kata-kata Syeikh Ahmad Al Fathani dengan katanya, “Dan bahawa ia menterjemah,kepada bahasa Melayu akan setengah-setengah daripada bahasa Arab supaya mudah bagi tiap-tiap pelajar oleh kehendaknya.” 

Adakah Encik masih tidak setuju/tidak berapa setuju lagi? Harap maklum.


Ainol Kusyairi
Myezwriter.com

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/07  at  03:55 PM

perkataan solat telah digunakan secara meluas bukan dalam kitab saja. bahkan orang bukan islam pun ada yg tahu makna solat. kalau seseorang itu mampu membaca buku yg tebal, apalah sangat perkataan solat itu? sejauh mana pts hendak mengelak utk guna perkataan arab yg telah sebati penggunaannya dlm masyarakat hanya kerana sangkaan pembaca seorang ‘dami’? begitu juga pts mengelak utk mengguna perkataan ‘riwayat’ bagi ilmu hadis. buku tentang hadis sudah tentu bukan utk si ‘dami’. pada pendapat saya pts tidak boleh elak guna bahasa arab dan pts tidak patut pandang rendah pada pembaca. saya yakin terlalu sedikit mereka yg tidak tahu makna solat atau solehah dan mungkin mereka ini tidak suka membaca pun.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/09  at  07:38 PM

Assalamualaikum,
Dalam hal pemilihan perkataan, yang dikehendaki bukan sekadar ia difahami pembaca, bahkan apa yang lebih selesa kepada pembaca sasaran.

Bila kita tengok, dialog Nabi Musa (as) dengan Firaun, misalnya dalam Surah Assyuara, Nabi Musa menggunakan istilah Tuhan, bukan Allah. Tuhan ialah istilah yang digunakan oleh Firaun sendiri misalnya,
“Firaun berkata:“Akulah Tuhan yang paling tinggi.” (Annazi’at:24)

Bila Firaun bertanyakan siapakah Tuhan pun, Nabi Musa tidak memberi jawapan nama Tuhan kepada Firaun, sebaliknya menyebutkan kekuasaan Tuhan. Kuasa adalah perkara paling penting dan dekat kepada Firaun.

Penggunaan istilah Tuhan oleh Nabi Musa tidak bermakna Firaun tidak faham istilah Allah. Sangat mungkin dia faham kerana, misalnya dalam kisah bicara Firaun dengan seorang ahli keluarganya yang beriman tetapi merahsiakan keimanan (Almukmin:28).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  05:40 PM

Assalamualaikum.

Al Quran itu diturunkan dengan bahasa Arab tinggi. Bahasa Al Quran itu mudah difahami dan selesa. Bahasa Al Quran tidak mengikut keselesaan pembaca tetapi pembaca berasa selesa kerana ayat-ayat Al Quran itu memberi keselesaan kepada pembacanya. Sekiranya Al Quran itu mengikut keselesaan pembaca, nescaya Al Quran itu akan diturunkan mengikut bahasa pasar/harian yang selesa dipakai oleh orang-orang Arab khususnya. Dengan kata yang lain, bukanlah Al Quran itu mengikut kehendak pembaca tetapi pembaca yang mengikut kehendak Al Quran.

Mengenai dialog Nabi Musa dan Firaun pula, Nabi Musa memberi keterangan dan penjelasan makna Tuhan yang mudah difahami oleh Firaun. Firaun faham dan selesa dengan makna Tuhan iaitu menganggap dirinya Tuhan:‘Aku adalah Tuhan yang paling tinggi’. Adakah Nabi Musa faham dan selesa dengan makna Tuhan seperti dikatakan Firuan itu? Sudah tentu tidak! Nabi Musa memberi pemahaman (faham) makna Tuhan yang sebenar kepada Firaun. Dengan kata yang lain, Nabi Musa tidak mengikut kefahaman dan keselesaan si Firaun itu walaupun perkataan yang sama iaitu Tuhan.

Faham itu lebih utama daripada selesa kerana tidak ada gunanya selesa sekiranya tidak faham. Harap Maklum.

Ainol Kusyairi
myezwriter.com

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/03  at  04:04 AM

Solat saya rase lebih sesuai untuk mengekalkan makna asal solat itu…walaubagaimana pun, tok guru nik aziz ada sebut dulu, kenapa ulamak nusantara guna perkataan sembahyang, ia mungkin merujuk kepada gabungan perkataan2…sembah + yang + *****....(***** ganti dengan yang esa, yang pemurah, nama2 allah la…)

mengikut pandangan syed naquib al-attas, penggunaan perkataan yang tepat sangat penting dalam mengekalkan makna…

Mohd Ikmal Izwan bin Rosli  on  09/03  at  04:24 AM

Saya mencadangkan agar ditutup sahaja ruangan ini.Perbalahan istilah ini hanya memundurkan umat sahaja. Ulama’ silam pun tidak pernah berbincang tentang khilaf bahasa sebegini rupa. Sibuk kita berbalah, berhujah dengan fakta pun, hakikatnya saudara-saudari seagama diluar sana masih tak tau nak solat lagi. So terima sahaja solat ke,sholat ker, sembahyang ker whatsoever ia tidak membatalkan ibadah anda!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/05  at  03:29 PM

Assalamualaikum.

Kepada saudara Mohd Ikmal Izwan.

Mengapa perlu ditutup ruangan topik ini. Perbincangan dengan fakta ilmiah adalah digalakkan dalam Islam. Mengapa encik mengatakan perbincangan seperti ini memundurkan umat ? Sesungguhnya perbincangan perbezaan pendapat dalam bahasa akan mengembangkan minda dan menambahkan ilmu pengetahuan. Saudara mengatakan Ulama silam tidak pernah berbincang mengenai bahasa sebegini rupa ? Saya hendak tanya, dari mana saudara mendapat maklumat hingga mengatakan begitu ? Tidakkah saudara sedar bahawa para sahabat Nabi sendiri pernah berbincang hebat mengenai istilah bahasa seperti Hasan bin Sabit iaitu, Abu Aswad Ad Duaa-li. Dalam bahasa Arab, hingga terdapat mazhab bahasa seperti al Basri, al Kufi, al Andulusi dan lain-lain.

Mengenai kejahilan di luar sana tidak tahu sembahyang/solat adalah soal yang lain pula. Bukan bermakna kita berbincang mengenai sesuatu isu, kita tinggalkan yang lain. Sekarang kita berbincang secara ilmiah mengenai istilah bahasa. Perlu diingat juga, setiap ibadat,hukum Islam dan lain-lain berkaitan tidak
terlepas daripada bahasa kerana al Quran itu diturunkan dengan Bahasa iaitu Bahasa Arab. Harap maklum.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.